Posted on November 19, 2020
Air mineral semula jadi yang berasal dari kepulauan tropika Fiji yang menenangkan, Island Chill, kini sudah menjejaki Malaysia. Untuk pengetahuan kamu, air minuman semula jadi ini tidak mengandungi sebarang bahan tambahan serta tidak disentuh kerana ia datang terus daripada lubang yang digerek di dalam isi bumi langsung ke dalam botol.
Untuk pengetahuan kamu, hujan yang turun membasahi hutan hujan tropika yang subur di Viti Levu, ditapis perlahan-lahan merenangi kawasan gunung berapi di Pulau Ba dan Kromarua lalu menjadi akuifer semula jadi yang kini telah terbentuk berabad yang lalu.
Dan semasa air hujan ini merembes ke bawah, ia telah memperoleh elektrolit dan mineral penting yang lain seperti silika semula jadi sehingga sampai ke akuifer, tidak terganggu, tidak tersentuh dan dilindungi daripada udara dan bahan pencemar lain dan ia terletak 100 meter di bawah permukaan bumi. Tanaman botol Island Chill pula ditempatkan di atas akuifer ini dan dari situlah air mineral ini disedut terus lantas masuk ke dalam botol.
Rasa yang unik dan khas ini menjadikan ia sebagai air mineral paling murni pernah dicipta di muka bumi. Kata mereka, ia adalah the taste of perfection, hadiah daripada alam semula jadi yang diperoleh dari kepulauan Fiji.
Ini beberapa fakta menarik tentang air mineral semula jadi Island Chill:
- Island Chill dikategorikan sebagai air yang kaya mineral lembut hingga sederhana.
- Island Chill juga diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Institusi Taste & Quality antarabangsa yang beprestij (iTQi) iaitu sebuah organisasi koki dan sommelier bebas terkemuka di Brussels, Belgium.
- Mengandungi kandungan silika semula jadi tertinggi Fiji untuk air botol. Silika terkenal untuk mempromosikan rambut yang sihat, kulit yang berseri, kuku yang kuat, penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang. Ia juga mendorong keseimbangan hormon mineral yang betul dan memberi tenaga kepada sistem imun.
- Botol Island Chill juga menggunakan botol PET yang boleh dikitar semula serta bebas daripada BPA.
Kamu boleh dapatkan air mineral Island Chill ini pada harga RM4.90 (500ml) dan RM9.90 (1.5l) di laman rasmi sini.
Apa pandangan anda?