Posted on September 10, 2020
Siapa tidak kenal dengan Karen Yeung atau lebih dikenali dengan nama popular Youtube nya, I am Kareno. Sudah berkecimpung dalam dunia Youtube sejak tahun 2013, hingga kini masih aktif dah sudahpun memiliki seorang anak. Bukan itu sahaja, di samping sibuk merakam video harian dan juga video jenis tutorial, dia juga Pengasas label fesyen UMO. Walau gaya hidup kini sudah berubah, dia masih tampil ‘hot’ dan sering menghidangkan kita dengan idea-idea solekan menarik yang boleh dijadikan inspirasi. Hari ini, kami ingin kongsikan 7 beauty looks Youtuber I am Kareno yang menjadi pilihan kami untuk tatapan kamu semua!
Solekan manis berona merah jambu ini antara solekan kegemaran kami yang boleh digayakan oleh sesiapa sahaja pada bila-bila waktu. Ini buat kamu yang tidak tahu bagaimana hendak memadankan solekan mata merah jambu dan bibir merah berglos.
Solekan trend freckles tidak ketinggalan. She nailed it!
Solekan dreamy dengan elemen biru cantik dilakar Karen. Lihat cara Karen menyuai padan dua rona biru pada matanya.
Baru-baru ini dia berkongsi hasil solekannya menggunakan produk label Rare Beauty daripada Selena Gomez dan katanya ia antara label kecantikan yang berkualiti dan mengagumkan.
Apa pandangan anda?