Posted on November 28, 2019
Buat kamu yang masih mencari kit hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang atau juga sebagai hadiah manjakan diri, kami ada sesuatu yang menarik untuk kamu. Dengan kurator khas meraikan mitologi dewi seni, di zaman kuno Yunani yang dihormati sejak zaman purba ini lagi, Aesop mengambil inspirasi daripada mereka ini lalu melancarkan kit hadiah terbaru mereka untuk tahun ini iaitu koleksi Aesop Of Muse and Myth.
Menurut Marsha Meredith, Pengarah Kreatif jenama Aesop berkongsi,
Di Aesop, kami kerap peroleh inspirasi menerusi suatu seni. Itu kami gelar suatu penggerak kepada semangat jenama ini daripada reka bentuk runcit kepada inovasi produk hinggalah ke projek perkongsian budaya yang kami terapkan.”
Koleksi ini yang telah pun dilancarkan pada 1 November lalu secara global, memiliki lima jenis kit yang berbeza. Dua daripadanya ialah kit penjagaan kulit wajah, dan dua lagi adalah kit penjagaan tubuh badan, produk rumah serta produk kombinasi penjagaan tangan dan tubuh.
Istimewanya lagi ialah menerusi pembungkusannya di mana Aesop hari ini mengambil pendekatan yang lebih dekat dalam menyelamatkan alam sekitar. Menggunakan beg kotak yang boleh diguna semula, setiap kit ini juga dibalut dengan sarung mewah yang menampilkan hasil seni dekorasi artis Giovanni Garcia.
Ilustrasi yang menampikan lukisan muses muzik, tarian, sejarah, komedi, penyajak epik ikonik di zaman kuno Yunani. Bukan itu sahaja, Garcia turut terinspirasi daripada era awal pemodenan serta seramik Yunani Purba.
Antara kit yang terdapat dalam koleksi ini ialah ‘The Orator’ yang mana ia adalah sebuah koleksi yang mengumpulkan produk trio anti-oksida estrak biji parsley (antara rangkaian bestseller daripada Aesop). Selain itu, kit ‘The Humourist’ juga antara kit yang harus kamu miliki di mana ia mengandungi produk penjagaan tubuh yang dipanggil Geranium Leaf Body Cleanser juga Rind Concentrate Body Balm.
Nantikan, pelbagai lagi koleksi kit hadiah yang akan kami kongsikan sempena bulan perayaan ini!
Apa pandangan anda?