Posted on November 27, 2019
Seperti biasa, setiap kali berlangsungnya majlis anugerah, pasti laluan karpet merah menjadi tumpuan ramai. Hendak melihat apa yang disarung selebriti. Mekap bagaimana menjadi pilihan mereka ini. Dan pada saya, untuk anugerah American Music Awards 2019 kali ini banyak yang tampil dengan kelainan pada solekan dan gaya dandanan rambut mereka. Ada yang kata, apabila mereka melihat karpet merah AMAs 2019 tahun ini, inspirasi beauty look kali ini banyak datang daripada solekan-solekan siri sitkom 60-an, siri drama Euphoria, The Crown juga Fleabag. Sungguh teruja kali ini untuk kami senaraikan barisan selebriti paling cantik di mata kami. Jom lihat!
1- Katherine Langford
Sudah lama saya tidak melihat selebriti tampil ‘beria’ di karpet merah. Kali ini Katherine Langford paling mendapat perhatian saya. Tampil dengan solekan mata smoky rona merah jambu pekat, kemudian dipadankan pula dengan rona pembayang pipi dan bibir yang sepadan. Lihat pula gaya rambutnya yang dibelah tengah kemudian digayakan bersama ikatan ponytail rendah. Tidak cukup itu, keseluruhan beauty look Langford ini telah ditambah pula dengan hiasan manik emas membentuk cekak. Siapa yang tidak suka, bukan?
2- Lizzo
Selalu kita lihat solekan monokromatik berona merah, kadang-kala rona tanah. Tiru seperti Lizzo. Dia menggayakan solekan monokromatik rona jingga. Summer vibes! Dan bukan itu sahaja, rambutnya juga cukup menarik seperti wanita di era 60-an yang lalu. Kata Shelby Swain, stylist Lizzo pada malam itu berkongsi, “Gaun Lizzo agak pendek, seronok dan punya sentuhan 60-an. Jadi kami cipta dandanan era ini untuk mencipta sesuatu yang ikonik.
3- Selena Gomez
Satu perkataan. Cantik! Selena tampil dengan potongan rambut sleek bob buat wajahnya nampak lebih seksi. Sudah lama rasanya tidak melihat gaya segar ini daripada Selena. Kita sering melihat wanita ini tampil dengan rambut panjangnya, kali ini Selena mengubat rindu kembali tampil berambut lebih pendek. Potongan rambutnya itu amat sepadan sekali dengan penampilan keseluruhannya malam itu. Seksi!
Apa pandangan anda?