Posted on March 7, 2022
Ramai yang bertanya kepada saya ibarat saya ini adalah pakar kecantikan walhal sekadar penulis biasa yang ingin membantu kamu semua mencari solusi terbaik dalam menyelesaikan segala permasalahan yang melibatkan tentang kecantikan (tersenyum saya setiap kali memikirkannya). Namun selagi berkemampuan, saya akan cuba membantu dan menjawab setiap persoalan yang diutarakan. Yang terbaru, saya menerima soalan tentang milia. Pernah dengar? Milia ini sering terjadi kepada mereka yang tidak menjaga kulit wajah dengan baik atau juga tidak mengamalkan diet yang seimbang dalam kehidupan mereka. Jadi buat kamu yang tidak mahu masalah ini menghantui hidup kamu, seharusnya kamu baca dan fahami dengan sebaiknya.
Apa itu milia?
Ada yang masih beranggapan bahawa ketulan bintik-bintik kecil yang berwarna putih di wajah itu whitehead padahal ianya adalah sejenis milia. Ia mengandungi keratin yang terkumpul di bawah lapisan kulit. Ianya adalah sel kulit mati yang terperangkap di bawah permukaan kulit bukan di liang pori iaitu bahagian permukaan kulit (itu ialah whitehead). Ia boleh dilihat muncul di bahagian pipi, hidung atau bawah mata.
Siapa yang berisiko memiliki milia?
Kebiasaanya ia terjadi pada bayi yang baru lahir. Namun, ianya akan hilang dengan sendiri dalam masa beberapa minggu. Akan tetapi, jika orang dewasa yang memilikinya, ia akan memakan masa sehingga berbulan lama untuk dirawat.
Kenapa milia boleh terjadi?
Tiada punca tepat dapat dikenal pasti namun ada kajian mengatakan bahawa ia boleh terjadi disebabkan daripada penggunaan produk kecantikan berunsur comedogenic secara berlebihan. Bukan itu sahaja, keradangan, alahan, kulit rosak akibat sinaran cahaya matahari, kondisi kulit tertentu seperti rosacea atau seborrheic dermatitis juga antara penyumbang kepada penghasilan biji ini.
Bagaimana hendak merawatnya?
- Exfoliate kulit wajah – pastikan kamu tidak melupakan rutin ini. Bahan seperti salicylic acid, citric acid dan glycolic acid dapat membantu mengelakkan pembentukan keratin secara berlebihan pada kulit.
- Jangan sesekali picit – ia boleh menyebabkan luka langsung meninggalkan parut. Selain itu, ia boleh menyebabkan pengumpulan bakteria. We don’t want that!
- Retinol penting – ia membantu menanggalkan kulit mati secara semula jadi pada wajah. Ia secara tidak langsung, turut membantu menghakis keratin yang tersumbat.
- Sarung pelindung sinar – iritasi yang terhasil daripada sinaran terik matahari mampu menghasilkan milia pada kulit wajah. Jadi, di samping menjaga kulit wajah daripada kusam dan tidak sihat, pelindung sinar juga membantu menghalang penghasilannya.
Produk Pilihan Editor Kecantikan STAIL
- Drunk Elephant A-Passioni™ Retinol Skincare Cream RM340
- Pixi Glow Tonic To-Go Exfoliating Toner Pads RM95/60 keping
- Le Labo Basil Face Scrub RM190
Apa pandangan anda?