Posted on November 22, 2019
Beauty advent calendar kembali! Bersempena hujung tahun dan perayaan Krismas yang bakal berkunjung, banyak jenama kecantikan sudah mula mengeluarkan koleksi edisi terhad hujung tahun mereka ini. Yang paling kami nanti-nantikan sudah tentu advent calendar ini. Kalau hendak tahu, inilah pada kami pemberian hadiah paling sempurna untuk kamu kongsikan bersama teman tersayang. Ala, kalau tidak beri pada orang lain, hadiahkan untuk diri sendiri juga apa salahnya kan. Seronok melihat dekorasi kalendar hadiah tahun ini yang dilancarkan oleh jenama kecantikan. Lebih menarik lagi, Sulwhasoo juga buat pertama kalinya melancarkan kalendar hadiah mereka! Usah cerita panjang lagi, mari kami kongsikan 5 kalendar hadiah kecantikan untuk kamu hadiahkan buat yang tersayang.
Apa pandangan anda?