Posted on January 8, 2021
Kita semua tahu, wanita bernama Chrissy Teigen ini serba-boleh, sering menghibur, pandai memasak, malah sering berkongsi pelbagai tip kecantikan berguna di samping sibuk menjaga anak-anak dan sang suami. Dan seperti kita tahu, Teigen sering berkongsi tip-tip yang boleh kami katakan “mampu milik” untuk semua orang yang ingin mencubanya. Cukup realistik dalam berkongsi tip, tidak sekadar berkongsi tip kecantikan yang memerlukan belanja ribu-ribuan, kali ini Teigen berkongsi tip kecantikan terbaru hanya dengan kos bawah RM10!
Instagram: Chrissy Teigen
Beberapa hari lalu, Teigen ada berkongsi di laman Instagramnya gambar di mana di balik pelitup mukanya, dia ada menyarung pelekat hidung yang biasa kita gunakan untuk membersihkan bintik hitam di dalam liang pori tersumbat pada hidung. Kapsyennya berbunyi, “Life hack: pelekat hidung di sebalik pelitup muka. Sentiasa selamat dan bebas daripada bintik-bintik hitam.”
Instagram: Chrissy Teigen
Dikatakan di sebalik pelitup muka itu, Teigen menampal Biore The Original Deep Cleansing Nose Strip di mana dia sebelum ini pernah berkongsi produk itulah yang banyak membantu membersihkan hidung dan dagunya daripada bintik hitam yang sangat degil!
Menurut pakar dermatologi Dr. Rachel Nazarian, MD, kepada Byrdie, rutin Teigen ini langsung tidak membahayakan. Sememangnya pelekat hidung membantu membersihkan bintik hitam dari pori. Dalam masa sama, ia juga berfungsi secara efektif dalam melindung iritasi akibat geseran hidung dengan pelitup muka.
Bagaimana teman-teman? Mungkin lepas ini kita pun boleh mulakan tip mudah daripada Teigen ini? Memandangkan kita masih perlu menyarung pelitup muka, di samping itu kita juga hendak elakkan daripada kulit wajah tumbuh iritasi, maka kami anggap tip ini pastinya berguna untuk kita semua. Yang penting, jaga diri, jaga jarak, elakkan daripada terus melepak tanpa sebab. Kes di negara kita makin lama, makin tinggi, teman-teman!
Apa pandangan anda?