Posted on December 13, 2019
Siapa peminat K-pop pastinya akan tahu betapa disiplinnya cara mereka menjaga penampilan diri baik dari segi pertuturan, pemakanan mahupun pemakaian. Dan kerana pengaruh mereka ini jugalah, peminat sanggup mencuba dan membeli apa sahaja yang mereka miliki atau cuba. Termasuklah diet. Kita juga sedia tahu betapa seksanya artis K-pop ini didera untuk mendapatkan saiz badan ‘kosong’ demi untuk nampak cantik di khalayak ramai dan tidak dikeji terutamanya oleh netizen Korea sendiri. Ya, ini benar. Mari kami kongsikan antara diet ekstrem artis K-pop yang kamu sendiri pasti akan terkejut.
Jangan sesekali kamu mencubanya ya!
IU
Penyanyi juga pelakon ini pernah mengamalkan diet ekstrem. Dikhabarkan IU hanya makan sebiji epal, kentang manis dan susu protein sepanjang hari. Bukan itu sahaja, dia juga mengambilnya dalam kuantiti yang amat sedikit dan kemudian dia akan melakukan senaman setiap hari. Hasilnya, IU berjaya menurunkan berat badan sebanyak 4 kilogram dalam masa 4 hari.
Ailee
Sebelum dia menjadi artis, tubuh badannya normal. Namun, baru-baru ini kita melihat Ailee semakin kurus dan ternyata ini terjadi kerana dia dikatakan melakukan diet ekstrem untuk mendapatkan tubuh badan lebih ideal sebagai penyanyi. Sebelum ini, dia pernah melakukan plan diet di mana dia hanya mengambil pemakanan yang tidak lebih daripada 500 kalori sehari. Sebagai contoh, dia akan menikmati pisang sebagai sarapan, dada ayam untuk makan tengah hari manakala salad sayur sebagai makan malamnya. Dia berjaya menurunkan 10 kilogram dalam masa sebulan.
TVXQ
Kumpulan ini mengamalkan diet paling ekstrem. Walaupun masih belum ada kenyataan sah daripada mereka, namun ada yang melaporkan bahawa ahli kumpulan ini pernah hanya minum air kosong sepanjang hari sebagai diet mereka sebelum tibanya hari debut mereka. GILA!
T.O.P Big Bang
Siapa peminat Big Bang pasti tahu betapa besarnya T.O.P ini suatu ketika dahulu. Dan transformasinya itu menjadi antara memori yang tidak akan dilupakan peminatnya. Khabarnya, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam masa 40 hari! Dietnya adalah dengan hanya minum air kosong, kemudian menikmati yanggaeng, sejenis jeli manisan Korea yang diperbuat daripada kacang merah. Ditambah pula dengan bilangan senaman yang tidak terhingga. Jadilah, T.O.P yang sekarang!
Apa pandangan anda?