Posted on November 25, 2019
Christmas is coming! Walaupun tidaklah saya menyambut perayaan Krismas, namun suasana meriah dan keseronokan festival hujung tahun ini ada di mana-mana membuatkan kita yang tidak menyambutnya turut terkena tempias. Apabila bercakap tentang perayaan ini, bukan sekadar penganutnya sahaja, mereka yang berbangsa lain juga turut sama-sama bersemangat hendak menunjukkan semangat festival ini. Baik berkumpul dan menonton drama Krimas beramai-ramai, menghias pokok Krismas, membeli-belah, menghias rumah dan pelbagai lagi. Kalau tanya saya pula, saya suka menghias kuku! Tidak lengkap rasanya tanpa aksesori kuku ini. Mari saya kongsikan 5 inspirasi kuku Krismas yang boleh kamu cuba ini.
Polar Bear
Tidak semestinya Krimas itu tentang merah dan hijau. Lihat sahaja bagaimana nail artist, Gracie (@nailart_bygracie) mengubah persepsi itu dengan menyarung pewarna kuku rona biru lembut sebagai warna latar kemudian dihiasi dengan rekaan beruang kutub. Sungguh comel!
Christmas French Nails
Ho-ho-how cute it this! Bukan french manicure biasa ya. Kamu juga boleh suntikkan dengan elemen perayaan ini. Jangan lupa hiaskan dengan sedikit sentuhan emping salji, barulah nampak lebih meriah.
Snowball Pearls
Tak perlu hendak bersusah payah dan terlalu memikirkan idea untuk mewarna kuku kamu. Lihat sahaja, nail artist Betina Goldstein yang mencipta idea seni kuku ini. Gam kan sahaja tatahan mutiara mini ini memanjang ke bawah di tengah-tengah kuku. Inspirasinya timbul apabila melihat bola-bola salji yang sering menjadi permainan keluarga apabila berkumpul. Menarik bukan?
Contengan abstrak
Jika kamu mahu kuku kamu nampak lebih ‘berseni’ dan lain daripada yang lain, layangkan contengan abstrak seperti ini. Layangkan rona merah, hijau, emas, dan hitam di atas lapisan kanvas putih kuku kamu. Barulah lebih stand out!
Emas Permata
Jika kamu terinspirasi daripada kartun Frozen namun tidak mahu nampak terlalu simple dan biasa, gayakan seni kuku glam seperti hasil Vero Krew ini. “Ala-ala kuku kamu dilapis dengan hiasan ‘ais’,” kata Vero.
Apa pandangan anda?