Posted on January 25, 2022
Siapa tidak kenal dengan Patrick Ta. Jika kamu peminat kecantikan, namanya tidak asing lagi. Ini kerana, lelaki ini sering menjadi pilihan selebriti Hollywood, khidmatnya dalam dunia solekan amat dikagumi ramai. Malah, Patrick Ta juga pernah menyolek wajah selebriti Malaysia, Neelofa, sewaktu wanita ini berada di Milan untuk minggu fesyen beberapa tahun yang lalu.
Antara nama-nama besar yang pernah ditata Ta adalah seperti Shay Mitchell, Gigi Hadid, Adriana Lima, Jessica Alba, Ariana Grande dan ramai lagi. Dia dikenali dengan signatur solekan bold lips, kening kemas dan solekan glowy. Ramai ingin mengetahui rahsia magis tangan jurusolek ini.
“Patrick paling bijak menghasilkan solekan glowy dan efek solekan kulit mulus!” – Rosie Hungtinton-Whitely
Namun, Ta seperti seolah mendengar peminatnya, lalu dia membuat keputusan untuk mengeluarkan beauty linenya sendiri, Patrick Ta Beauty pada tahun 2019! Semestinya beliau mempertaruhkan koleksi Major Glow sebagai barisan koleksi kosmetik pertamanya. #GlowGoals masih trending sehingga ke hari ini!
Sebelum jenamanya diumumkan, Ta sudahpun mula mengguna produknya yang masih dalam bungkusan sample setiap kali dia menata wajah-wajah teman selebritinya.
Rata-rata mereka menyatakan rasa suka dan tidak sabar untuk kosmetik ini bertemu peminat kecantikan di luar sana.
“Saya ingin mencipta suatu solekan yang boleh membuatkan para wanita berasa lebih yakin dengan kecantikan sendiri, sebagaimana mereka buat saya yakin dengan diri saya. Merekalah yang memberikan saya keyakinan, kerjaya dan suara selama ini.” – Ta
Hari ini, peminat di Malaysia saya yakin cukup gembira. Ini kerana Sephora Malaysia mengumumkan bahawa akhirnya Patrick Ta Beauty sudah boleh di dapati di Malaysia! Jikalau dulu, agak susah untuk kita semua merasa mencuba produk kosmetik jenama ini, hari ini tidak lagi.
Sudah berada di Sephora! Mari kami kongsikan tiga produk favorite kami dan harus kamu miliki jika kamu adalah seorang Patrick Ta Beauty fan!
Apa pandangan anda?