Posted on November 6, 2019
Berita gembira buat semua peminat kecantikan! Ya benar ini bukan cerita rekaan, Gucci Beauty bakal bertandang ke Malaysia Disember ini. Masih ingatkah lagi kamu sekitar Mei lalu, kita dikejutkan (dengan berita gembira) di mana ketika itu kempen Gucci Beauty membuat comeback koleksi yang lebih segar bersama Pengarah Kreatifnya yang terbaru iaitu Alessandro Michele.
Kempen yang ketika itu menampilkan koleksi foto bersiri dirakam Martin Parr berkonsepkan “Solekan tidak sepatutnya dijadikan topeng, akan tetapi tinggikan darjatnya, kecelaannya sebagai sebahagian daripada makna kecantikan itu sendiri”.
Kempen yang menampilkan koleksi pertama di bawah Alessandro iaitu gincu bibir ini amatlah menarik perhatian semua peminat kecantikan seluruh dunia. Dengan idea vintaj estetika milik Alessandro, koleksi gincu yang diberi nama Lipstick Chapter 1 ini, sebanyak 58 rona gincu bibir dicipta dalam tiga formulasi berbeza.
Dan buat kamu yang tidak senang duduk, koleksi gincu ini adalah satu-satunya koleksi Gucci Beauty yang kamu di Malaysia boleh miliki sendiri tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, tiga formulasi kemasaan koleksi ini yang terdiri daripada kemasan satin, sheer dan salap ini sesuai buat semua jenis kulit dan saya pasti menepati kehendak setiap wanita di luar sana. Dengan harga RM152 sahaja kamu bisa memiliki gincu ikonik ini.
Istimewanya lagi, di stor Gucci Beauty ini juga bakal mempersembahkan dua gincu edisi terhad bersempena dengan festival Krismas. Koleksi edisi terhad diberi nama The Lunaison Lispticks ini hadir dengan kemasan kemilau sesuai buat solekan perayaan. Dengan foto kempen yang dirakam berlatarkan istana musim sejuk, gincu edisi terhad ini bakal dijual pada harga RM167 untuk satu.
Ladies, Butik Gucci Beauty bakal membuka stor pertamanya di Malaysia yang akan bertempat di KLCC bermula 1 Disember ini. Jadi, apa tunggu lagi sila lock the date!
Apa pandangan anda?