Posted on December 18, 2019
Sememangnya semua sudah menantikan kehadiran jenama kecantikan mewah ini ke Malaysia. Apatah lagi setelah kempen yang saya boleh gambarkan sebagai begitu ‘raw’ di bawah arahan Pengarah Kreatifnya, Alessandro Michele, ini menarik perhatian peminat kecantikan seluruh dunia. Itulah dia manifesto kecantikan terbaru hari ini. Cantik untuk semua, cantik hadir dalam pelbagai rupa. Kempen yang mempersembahkan koleksi gincu bibir terbaru jenama ini, membuatkan semua orang sudah tidak sabar untuk mendapatkannya. Dan tepat pada masanya pula, Gucci Beauty buka butik pertamanya di KLCC minggu yang lalu. Dengar kata, gincu koleksi edisi terhad sudah pun habis terjual. Penangan Gucci Beauty ini lain macam!
Apa yang menarik tentang gincu Gucci Beauty Ini?
Pertama sekali, kita melihat kepada visi Alessandro sendiri. Dia meletak kecantikan itu pada satu peringkat yang baharu, memecah tradisi kecantikan tradisional di mana dia mahu semua penggemar kecantikan menonjolkan diri masing-masing kerana kecantikan itu pelbagai. Alessandro mencipta koleksi Rouge à Lèvres Satin, Rouge à Lèvres Voile, Baume à Lèvres dan koleksi edisi terhad Rouge à Lèvres Lunaison yang diinspirasikan daripada solekan-solekan aktres Hollywood era 80-an yang penuh statement suatu ketika dahulu.
Formula pula seperti namanya, ada yang bertekstur satin, salap dan kemilau. Dan bukan itu sahaja, gincu tekstur matte, Rouge à Lèvres Mat, adalah rangkaian paling terbaru di dalam koleksi gincu milik Gucci Beauty ini. Tambah Alessandro lagi, gincu ini dicipta untuk si pemakai menunjukkan personaliti dan siapa diri mereka yang sebenar. Setelah mencubanya, ternyata gincu ini amat cantik sekali, cukup pigmented, dengan sekadar satu sapuan. Koleksi matte terbaru milik mereka juga memiliki tekstur selembut sutera, walaupun pusam, ia langsung tidak membuatkan bibir kering.
Bukan itu sahaja, di butik Gucci Beauty KLCC ini kamu juga dapat mendekati haruman-haruman ikonik jenama ini serta haruman terbaru mereka yang diberi nama Alchemist Garden yang diinspirasikan daripada haruman seni lama. Kunjung ke KLCC ya untuk merasai sendiri pengalaman haruman ini.
Sekitar Pembukaan Butik Pertama Gucci Beauty di KLCC, Malaysia
Izara Aishah
Whulandary dan Ally Mukhriz
Naddy Rahman, Diana Danielle dan Shalma Ainaa
Apa pandangan anda?