Posted on December 16, 2019
Bila tiba musim perayaan Krismas ini, mula penuh di timeline Instagram saya, teman-teman yang lagi sibuk dengan aktiviti berkumpul bersama yang tersayang kemudian saban upacara secret santa (aktiviti saling bertukar hadiah) ini pasti tidak ketinggalan. Seronok melihat teman-teman gembira, bukan? Ha, buat kamu yang masih tercari-cari idea hadiah yang sesuai untuk teman tersayang kamu, mari kami kongsikan beberapa produk kecantikan yang boleh kamu jadikan sebagai hadiah. Inilah masanya untuk kamu manjakan teman-teman kamu itu!
Caudalie Premier CRU The Ultimate Anti-Ageing Trio RM309
Koleksi eksklusif Premier CRU ini diformulasikan khas untuk tindakan antipenuaan. Di dalam kotak istimewa ini, terdapat tiga produk daripada koleksi ini iaitu, Premier CRU The Eye Cream (15ml), Premier CRU The Serum(10ml) dan Premier CRU The Cream (15ml). Fungsi krim mata Caudalie ini ialah untuk merawat bengkak bawah mata serta lingkaran gelap, manakala serum dan krimnya pula dicipta menerusi bahan aktif yang mampu merawat kulit menua dengan pantas.
Innisfree 2019 Green Holidays Mood Up Party Palette RM155
Dengan mainan rona tanah pusam serta kemilau, palet ini sesuai digayakan untuk apa sahaja upacara. Dan seperti kita tahu, koleksi akhir tahun daripada Innisfree sentiasa tidak menghampakan daripada segi pembungkusannya yang meriah. Kali ini koleksi akhir tahun berinspirasikan karakter muzik hasil rekaan kolaborasi bersama Jordy van den Nieuwendijk (artis daripada Netherlands). Bukan sahaja look parti, look harian juga kamu boleh gayakan menerusi palet ini.
GUCCI Bloom Ambrosia di Fiori RM327/30ml
Jika tanya saya, haruman apa yang terbaik untuk merai hujung tahun, sudah tentu haruman daripada Gucci ini. Rangkaian Bloom daripada jenama ini tidak pernah menghampakan. Dan kali ini, mereka kembali dengan haruman baharu diberi nama Ambrosia di Fiori, yang diinspirasikan daripada keaslian serta kebebasan untuk menjadi diri sendiri. Kena pula dengan tema keraian hujung tahun ini. Untuk merai diri sendiri! Haruman ini dicipta menerusi olfaktori manis dengan selitan nota-nota daripada ekstrak bunga Jasmine Bud, Tuberose, Rangoon Crreper, Damascena Rose serta Velvety Orris.
Lancome L’Absolu Rouge Mademoiselle Shine RM112
Siapa sini peminat gincu jenis kemilau (shine)? Lancome hadir dengan koleksi baru buat kamu yang mahukan gincu bibir ala salap, yang membantu melembap bibir serta pada masa sama memberi kemasan warna berserta kilauan. Diperkaya dengan pati minyak mawar serta Prolyxane yang mana ia mudah rata serta memberi hasil lembut pada permukaan bibir dengan hanya sekali sapuan.
Nudestix Tinted Cover
Buat teman yang sukar untuk mencari warna bedak asas yang padan dengan kulit mereka, bolehlah cuba produk terbaru daripada Nudestix ini. Dengan 14 rona universal, sudah tentu kamu mampu mencari rona yang sesuai dengan kulit wanita Asia seperti kita. Dicipta menerusi formula inovatif seperti teknologi pigmen yang mampu membuatkan kulit kelihatan lebih cerah berseri. Bukan itu sahaja, ia juga sejenis bedak asas kalis air dan sesuai disarung sepanjang hari pada kulit wajah. Bedak asas ini juga dicipta bagi memperbaiki kulit yang kurang hidrasi. Langsung tidak tebal, sapuannya yang tipis sudah mampu membikin kulit wajah tampak halus dan flawless.
Apa pandangan anda?