Posted on February 1, 2022
Jenama penjagaan rambut, Herbal Essences, mengumumkan kolaborasi mereka bersama Watsons Malaysia bulan ini untuk menghasilkan program inisiatif “Forests For Good” . Kedua-dua jenama besar ini akan bantu membangunkan 1o buah hutan di seluruh di Malaysia bermula dari negeri Perak menerusi misi ini.
Program ini diwujudkan adalah kerana kisah dan perihal pencemaran global yang kini semakin berleluasa terjadi di Malaysia dan seluruh muka bumi. Maka, dengan inisiatif tanaman pokok dan membangunkan hutan ini, Herbal Essences serta Watsons Malaysia yakin ini adalah salah satu langkah yang paling berkesan untuk membantu mengurangkan pencemaran.
Bukan itu sahaja, inisiatif ini juga merupakan usahasama bersama syarikat Procter & Gamble (P&G) yang mana mereka ini turut serta membantu bukan sahaja untuk seluruh Asia, malah Timur Tengah dan Afrika. Mereka selagi boleh ingin membantu melindungi alam semula jadi serta menambah baik ekosistem biodiversiti tempatan.
P&G juga bekerjasama dengan EcoMatcher, sebuah perusahaan sosial juga pembekal teknologi rantaian blok, di mana mereka ini mencipta sebuah teknologi di mana kamu semua boleh menjejaki setiap impak usaha yang telah kamu lakukan bersama “Forests For Good” ini.
Kami punya berita baik! Inisiatif ini adalah untuk kita semua! Kami dan kamu semua juga berpeluang untuk sertai misi “Forests For Good” ini. Caranya amat mudah.
Kamu hanya perlu membuat pembelian produk Herbal Essences (minimum 3 botol) di mana-mana stor Watsons Malaysia secara offline mahupun online. Kemudian, kamu akan menerima sebuah SMS daripada Watsons yang mengandungi kod unik berserta pautan untuk mengetahui tentang kempen ini dengan lebih lanjut.
Ikut pautan tersebut dan daftar diri kamu. Melalui pautan ini, kamu boleh ikuti perjalanan pokok-pokok kamu yang telah kamu daftar sebagai penjaga! Menarik bukan? Di samping kita menjaga diri sendiri dengan menggunakan produk penjagaan rambut berkualiti, kita juga mampu menyelamatkan ekosistem dunia! Jom sama-sama sertai kempen ini.
Apa pandangan anda?