Posted on November 29, 2019
7 Jenama Kecantikan Paling Popular di Asia Bagi Tahun 2019
Kecantikan. Dalam segala hal dan tujuan, adalah bahasa antarabangsa. Kamu perlukan google translate jika penerangan produk ditulis dalam bahasa asing. Ada sahaja tulisan Thai atau Korea (dan lain-lain) di kebanyakan produk-produk kecantikan, dewasa ini. Asal kamu tahu, jenama-jenama kegemaran kamu itu tadi sudah pun mendunia.
Menurut laman kecantikan global, Cosmetify mendapati lebih 1500 produk kecantikan yang terdapat di sesebuah negara, ada beberapa daripada jenama kecantikan itu sangat popular dan mendominasi pasaran negara tersebut. Cosmetify menjalankan analisa bulanan dan kaji selidik di seluruh negara di dunia (dengan beberapa negara terkecuali).
Kylie Cosmetics, misalnya adalah antara jenama yang paling popular di lebih 10 buah negara, termasuk di Asia. Sementara itu, ayuh lihat 7 jenama kecantikan paling popular di Asia bagi tahun 2019, seperti berikut:
The Body Shop
The Body Shop bukan hanya terkenal di UK dan Australia, malah turut terkenal di Asia Tenggara. Malaysia, Indonesia dan Vietnam adalah penggemar nombor satu barangan kecantikan oleh jenama ini di negara masing-masing. Negara Asia lain adalah Arab Saudi.
Dove
Sejujurnya, saya antara pengguna produk Dove. Saya memakai syampu Dove sejak dari zaman sekolah menengah lagi sampai sekarang. Harga yang berpatutan dengan kualiti yang setanding produk kecantikan perdana meletakkan Dove selaku jenama kecantikan pilihan di India, Kemboja, Afganistan dan Filipina.
Estée Lauder
Bercakap soal perdana, jenama prestij seperti Estée Lauder terkenal kerana set penjagaan perdananya – kulit, solekan, wangian – dan sangat popular di Singapura, Thailand dan Laos.
Huda Beauty
Berikutan latar belakang pengasas Huda Beauty, Huda Kattan (warga US berketurunan Arab), maka tidak hairan jika jenama ini sangat terkenal di negara-negara Timur Tengah. Huda Beauty menjadi jenama kecantikan nombor satu di Qatar, Lubnan, Kuwait dan Jordan. Negara Asia lain seperti Bangladesh dan Pakistan.
La Mer
La Mer, satu lagi jenama perdana yang sangat terkenal di Timur Tengah. Jadi tidak hairan jika ia menjadi pilihan rakyat negara terkaya ketiga di dunia, Emiriah Arab Bersatu.
RMK
RMK mungkin kurang dikenali di negara kita, tetapi jenama solekan ini sangat terkenal di Negara Matahari Terbit, Jepun.
Shiseido
Sementara syarikat gergasi kecantikan ini berasal dari Jepun, sebenarnya jenama ini lagi terkenal di China untuk tahun 2019.
Apa pandangan anda?