Posted on November 5, 2019
Apa sahaja alkisah keluarga Kardashian pastinya menjadi topik hangat seluruh dunia. Setiap langkah gerak-geri mereka juga menjadi buruan lensa kamera. Baru-baru ini Kim Kardashian buat kerja gila (mengapa kami panggil kerja gila ialah kerana selama ini Kim yang kita kenali adalah seorang yang memiliki nilai estetikanya yang tersendiri) dengan melawat penata gaya rambutnya, Chris Appleton, yang mana ketika itu Appleton sedang lagi berada di gim. Alasannya ke sana ialah kerana Kim mahukan a quick fix pada rambutnya dan mahukan Appleton memotong rambutnya ketika itu juga.
https://www.instagram.com/p/B4RGhmuBleG/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
Kim memuatnaik di Instagram Stories nya namun kemudian Appleton pula memuatnaik di Instagramnya merakam memori yang mungkin sekali seumur hidup dilakukan Kim. Di dalam klip video itu, Kim bersuara,
“Okay, apa yang perlu kamu lakukan jika kamu memerlukan potongan rambut di saat lagi kamu sedang memandu di jalan raya? Kamu telefon Chris yang sedang berada di gim dan kemudian dia pun meminjam gunting daripada gimnya. Dan sekarang kita berada di tapak kereta apartmen yang kita sendiri tidak tahu di mana di Hollywood ini.”
Kemudian dibalas Appleton,
“Tiada siapa akan percaya kisah ini.”
Macam-macam perangainya…
Tidak cukup dengan itu, kisah kakak Kim, si Kourtney Kardashian pula menjadi perhatian ramai apabila dia dikritik membiarkan rambut anak lelakinya panjang mengurai. Walaupun perkara ini sudah terjadi lama, Kourtney yang selama ini membuat keputusan mengendahkan sahaja komen netizen, akhirnya membalas pedas dalam salah satu foto yang dimuat naik Kourtney sendiri.
https://www.instagram.com/p/B4IavgjFAk_/?utm_source=ig_embed
Mungkin sudah tidak tahan dengan komen-komen netizen, Kourtney baru-baru ini memuatnaik foto percutian keluarganya di Santa Ynez, California. Dan ada satu foto yang menampilkan anak lelakinya, Reign, yang baru sahaja berusia lima tahun bergambar bersama kuda dengan rambutnya dibiarkan lepas mengurai.
Ada yang meninggalkan komen seperti,
“She really need to cut his hair.”
Terus Kourtney membalas,
“She really need to not worry about kids that aren’t her own. He is a happy boy.”
Semua peminat Kourtney yang bersetuju dengan kenyataan wanita ini turut meninggalkan komen menunjuk tanda setuju,
That’s your opinion! that’s not your kid😁“
“@kourtneykardash 👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼👏🏼 couldn’t have said it better myself!”
Haih, baik isu mom-shaming mahupun body-shaming ini sebenarnya amat sukar difahami manusia. Mungkin netizen rasa itu cara terbaik untuk menegur seseorang namun pada masa ini ia adalah isu sensitif yang mudah membuatkan orang sekeliling mudah tersinggung. Jadi, kesimpulannya berpada-padalah apabila berkata-kata.
Apa pandangan anda?