Posted on December 4, 2019
Hanya sebulan selepas dilancarkan, label kecantikan hyper-glamorous milik Lady Gaga, Haus Laboratories melancarkan pula Koleksi Natal Haus Laboratories.
Sesudah Haus Laboratories mendapat pujian yang tinggi dan reviu yang ‘meriah’ setelah melepaskan set koleksi terhadnya itu yang merangkumi pengilat bibir, pembayang dan pensil mata, penyanyi eksentrik ini nampaknya tidak puas!
View this post on Instagram
Koleksi Natal ini dinamakan ‘Cosmic Love Collection’ dan dihasilkan untuk merayakan musim perayaan Natal ke tahap yang ‘tinggi’. Koleksi pertama merangkumi pembayang mata yang dipanggil ‘Glam Attack Metallic Creme’ dan boleh didapati dalam rona warna bronze, champagne, red dan gunmetal.
Highlight pada koleksi ini tentulah gincu bibir berbentuk peluru, ‘Sparkle Lipstick’ yang hadir dalam rona Red Burlesque. “Menggabungkan campuran warna dan bersaiz sempurna dengan tekstur berkrim. ‘Gincu peluru’ edisi terhad ini menyampaikan pukulan bebas kilauan,” tulis di kapsyennya.
Akhir sekali, ‘Haus of Angel Baby Collection’ merangkumi ‘Glam Attack Shimmer Powder’ dalam rona Angel Baby, pensil bibir dalam rona ARC dan pengilat bibir dalam rona Ethereal.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Apa pandangan anda?