Posted on November 7, 2019
Walaupun parti Halloween sudah berlalu, masih banyak mulut-mulut yang berbincang tentang selebriti yang bergaya sakan untuk mendapat perhatian dunia. Seperti yang kita sendiri tahu, sehingga ke hari ini kita sudah punya banyak kempen-kempen kesedaran berkaitan isu body-shaming, penderaan, mom-shaming dan banyak lagi namun masih ada selebriti yang bergaya melampau sehingga melanggar sensitiviti sesama manusia. Saya kongsikan antara solekan dan kostum Halloween selebriti yang dikritik teruk.
Antara yang dikritik ramai ialah aktres Bella Thorne, yang tampil dengan solekan penderaan sebagai antara kostum Halloween nya tahun ini. Ramai yang terkejut dan menyangka Bella benar-benar dipukul dan tidak percaya ia hanya solekan.
Dengan kapsyen berbunyi,
Hire me for your Halloween makeup I got u boo 🔪🔪🔪 😂😂😂
Ramai yang meninggalkan komen berbaur marah seolah-olah ada yang cuba mencederakan wanita ini dan tidak suka akan konsep solekan yang dihasilkan Bella ini,
“My heart dropped. I immediately got angry that someone hit you. This is uhhh p fkn scary”
“We need a video of u taking it off so we know it’s not real”
“You can’t use that for Halloween makeup it is not a costume”
“Do you think this is a joke? Making fun pretending to be a beaten woman? Really?”
“I don’t really think that’s funny but yeah – it’s pretty good make up”
Bukan itu sahaja, baru-baru ini Youtuber kecantikan juga Usahawan, Jaclyn Hill, mengadakan parti Halloween di rumah agam yang disewanya di Beverly Hills. Dia menjemput ramai teman-teman Youtube nya seperti Patrick Starrr, Nikita Dragun, James Charles, Kandee Johnson dan ramai lagi. Tampak cukup meriah, namun apa yang menangkap perhatian peminat seluruh dunia sudah tentulah pada kostum Jaclyn sendiri.
https://twitter.com/PopCraveMusic/status/1188513014099730433?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1188513014099730433&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cosmopolitan.com%2Fuk%2Fbeauty-hair%2Fcelebrity-hair-makeup%2Fa29606496%2Fjaclyn-hill-halloween-costume-party%2F
Berkongsepkan wanita ‘cancelled’ (terma millennial hari ini jika mahu menggambarkan seseorang yang di reject), kostum ini dicipta berinspirasikan daripada kisah kontroversi gincu bibirnya pada Jun lalu 🙄. Menyarung gaun mini rona hitam bersama tulisan merah menyala berkemasan kemilau yang berbunyi “she’s cancelled” itu membuatkan netizen menganggap ini adalah antara kostum paling menjijikkan tahun ini.
Bukan Jaclyn sahaja yang tampil dengan kostum yang berkait dengan drama gincu bibirnya, Youtuber Sebastian Williams juga hadir ke parti Jaclyn dengan kostum yang berinspirasikan daripada drama yang sama. Sebastian mengenakan kostum tanduk menggunakan gincu bibir berbulu.
i wore jaclyn hill’s hairy lipsticks as horns to her party 💀 pic.twitter.com/uYI0R7FWc1
— Sebastian Williams (@sebas_williams) October 27, 2019
Mungkin ada antara kamu yang masih blur dengan apa yang sudah terjadi. Awal Jun lalu, Jaclyn melancarkan koleksi gincu bibir di bawah jenamanya. Walaubagaimanapun, peminat yang telah membeli koleksi Jaclyn ini naik berang apabila mereka menjumpai bulu-bulu fiber yang tidak diketahui, serta banyak lagi benda menakutkan pada gincu-gincu Jaclyn lalu ramai yang menuduh Jaclyn menjual produk yang sudah melebihi tarikh luput. Walaupun Jaclyn sudahpun menerangkan tentang isu sebenar, namun, ia masih menjadi antara memori mimpi ngeri orang ramai.
Berbalik kepada kostum Jaclyn, ada netizen yang mengkritik dan menganggap kostumnya itu tidak bersesuaian dan menjijikkan,
“I’m beyond disgusted and disappointed in @Jaclynhill at this point. After everything that went down with her lipsticks, her apologies and her taking a break from social media because everything was too hard for her… seeing her halloween costume is just… repulsive.”
“Tonight Jaclyn Hill posted a halloween costume that’s making a joke about her being cancelled… as if she was cancelled over something small and not literally dangerous lipsticks. why does this bother me so much?”
“So many things to say about #jaclynhill ‘s Halloween party. Just know that she doesn’t give a shit about her subscribers and she made that DAMN clear with that costume.”
Haih, macam-macam…
Apa pandangan anda?