Posted on November 19, 2019
Kata orang, ini tahun Lili Reinhart. Walaupun namanya tidaklah segah nama-nama besar industri hiburan yang kontroversi seperti the Kardashians dan sebagainya, namun kalau kamu mengikuti perkembangan wanita ini, 2019 sahaja sudah banyak yang terkandung dalam resumenya. Dia berlakon dalam Filem hit Hustler yang dibintanginya bersama Jennifer Lopez juga Cardi B. Bukan itu sahaja, Lili turut mengeluarkan buku puisi diberi Swimming Lessons, yang katanya bakal menjadi salah satu bahan bacaan hit tahun hadapan. Sudahlah sememangnya hebat sebagai Betty Cooper dalam siri kegemaran ramai, Riverdale, kerjaya Lili dikatakan semakin hari semakin sibuk.
Bercakap tentang drama Riverdale, baru-baru ini Lili ada berkongsi kisah eksklusif bersama Allure. Rupanya selama ini kita tidak tahu, di sebalik rambut cantik Lili yang distailkan ponytail hampir setiap masa nampak cantik dan begitu kemas itu sebenarnya menyusahkan dirinya.
Gaya rambut ponytail ini banyak memberikan saya tekanan. Masa yang diambil untuk mendandan rambut ini amatlah lama, lebih lama dari yang kamu sangkakan dan ternyata amat menjengkelkan.”
Tekanan yang dihadapi Lili bukanlah kerana ikatan ponytail nya yang terlalu ketat, namun ia disebabkan oleh rasa susah hendak membentukkan ikatan ponytail yang sempurna.
“Berada di hadapan kamera, kamu tidak boleh ada sebarang rambut terjurai dan sebagainya. Jadi saya ini melihat cermin hampir 70 kali sehari hanya untuk memastikan rambut saya sempurna. I hate that it’s very high maintenance.”
Bukan sahaja dandanan itu mengambil masa yang lama, malah dari segi penggayaan memerlukan dia mengeritingkan rambutnya dengan alat penggayaan panas setiap hari sebelum mengikat ponytail tinggi. Selepas Lili mendapati rambutnya rosak akibat daripada semua itu, timnya memilih untuk menggayakan rambut extensions untuk mengurangkan kerosakan. Bukan hanya disebabkan oleh alat pemanas tadi, rambut Lili juga harus diberi penjagaan yang baik kerana dia juga pada masa sama harus senantiasa mewarna rambutnya (highlight) untuk mengekalkan penampilan wataknya di dalam cerita itu. Phewh, susah juga ya.
Walau apapun, itulah harga yang harus dibayar jika kamu ingin menjadi pelakon profesional, betul atau tidak? Mungkin kesungguhan Lili serta kerja kerasnya membuatkan dia menjadi siapa dirinya hari ini. Bukan itu sahaja, hujung bulan lepas, Lili diumumkan sebagai wajah baru jenama kosmetik CoverGirl.
https://www.instagram.com/p/B4PWoZWnYz2/?utm_source=ig_embed
Menyertai ikon cantik lain seperti Maye Musk, Issa Rae dan Zendaya, Lili bakal menghidangkan wajah cantiknya itu untuk koleksi terbaru CoverGirl yang masih lagi rahsia dan hanya akan dilancarkan musim bunga akan datang.
Menurut Erika Wood, Naib Presiden CoverGirl, mereka punya sebab memilih Lili,
Kami cukup teruja bekerjasama dengan Lili dan menjadikan dia sebahagian daripada keluarga kami. She is authentic, talented, and truly lives by what she believes in.”
Tidak sabar rasanya hendak melihat koleksi debut Lili Reinhart untuk CoverGirl musim bunga akan datang nanti! Mesti #LAVVV!
Apa pandangan anda?