Posted on January 23, 2020
Rasa kurang berkeyakinan sudah tentu datang apabila kita melihat kulit wajah orang lain yang lebih mulus berbanding kita. Lagi-lagi jika kita ada kulit bermasalah atau parut disebabkan jerawat lampau. Saya pun melihat semua klinik kulit yang mampu mengembalikan kulit mulus saya seperti dahulu. Ternyata kenalah dengan harga dan rawatan yang diberikan. Namun, saya mencari rawatan manakah yang mampu bertahan lama. Prinz Giampapa Medisuite menyediakan rawatan Microneedling yang membantu mengatasi masalah muka berlubang menjadi flawless.
Rawatan Microneedling dengan Vitamin C/HA yang berharga RM788 satu sesi ini perlulah dibuat sebanyak tiga kali untuk hasil yang lebih jelas. Saya baru mencuba dua kali rawatan dengan Dr. Amirul Nazri dan lihatlah hasilnya!
Rawatan Microneedling dengan Vitamin C/HA perlu mengikut prosedur seperti berikut;
- Analisis kulit wajah (konsultasi). Hasil analisis ini, kita dapat mengenalpasti masalah kulit dan bahagian manakah yang perlu diperbaiki.
- Proses membersih kulit daripada bahan yang melekap pada kulit wajah.
- Terapi untuk pelanggan berasa tenang.
- Sedutan whitehead yang turut meninggalkan vitamin C pada kulit wajah mula dibuat.
- Krim kebas mula diaplikasikan ke kulit sebelum proses ‘melukakan’ bermula. Tujuannya ialah agar pelanggan tidak berasa sakit semasa proses Microneedling berlangsung.
- Setelah hampir 45 minit dibiarkan. Kulit mula menjadi kebas, dan proses Microneedling bermula di seluruh bahagian.
- Sebaik habis ‘mencucuk’ kulit. Krim aloe vera yang berfungsi sebagai bahan menyejuk dan menenangkan kulit disapu.
- Ditambah pula dengan krim Vitamin C yang berfungsi sebagai pencerah serta sunscreen yang melindungi kulit daripada sinar UV.
Pantang:
Pelanggan disarankan untuk tidak terdedah dengan cahaya matahari, udara persekitaran luar yang mungkin tercemar dan sentiasa memakai topeng muka apabila keluar rumah. Ini kerana kulit sewaktu proses pemulihan ini diibaratkan sebagai kulit bayi (selepas menggelupas), jadi untuk mengekalkan kecerahan, kebersihan dan kemulusannya, segala pantang ini perlu diikuti.
Saksikan video untuk proses transformasi selama empat hari dan setelah dua kali rawatan. Boleh dikatakan cukup mengagumkan bukan? Apa tunggu lagi, cubalah sekarang! Rujuk Instagram rasmi klinik dan lihat wajah pelanggan yang lain, selebriti juga menjadi pelanggan tetap Prinz Giampapa Medisuite tau!
syahirah
September 22, 2020hai, boleh sy tau harga utk rawatan Microneedling .