Posted on December 9, 2019
Saya telah diperkenalkan kepada rawatan baharu yang diberi nama Emsculpt. Secara jujurnya, saya hanya tahu tentang rawatan ini melalui bacaan di Internet kerana ia antara rawatan kegemaran selebriti seperti Kim Kardashian, Drew Barrymore dan ramai lagi. Namun, buat kamu yang tidak punya sebarang idea, biar saya terangkan sendiri apakah rawatan Emsculpt ini sebenarnya.
Emsculpt ialah sejenis rawatan bukan invasif menggunakan teknologi HIFEM (high-intensity focused electromagnetic) yang mana ia menggalakkan 20,000 kali kontraksi otot dalam masa 30 minit. Ia ibarat kamu melakukan senaman crunches sebanyak 20,000 kali. Bayangkan, jika kamu melakukan senaman jenis crunch atau squat sekalipun, ia hanya mengaktifkan 50 peratus otot sahaja setiap tiga hingga lima saat. Manakala mesin ini mengaktifkan 100 peratus otot 20,000 kali dalam masa 30 minit. Jadi apa yang berlaku ialah, sepanjang kontraksi terjadi pada otot kamu, ia pada masa sama memecahkan kandungan asid lemak lalu membina otot kamu dengan lebih sempurna. Namun, harus diingatkan juga, tujuan utama rawatan ini ialah untuk membantu membina otot bukan menguruskan badan walaupun kita tahu pada masa sama ia membakar lemak. Pemakanan seimbang juga amat penting untuk hasil yang lebih efektif.
PENGALAMAN SAYA
Saya menjalani rawatan ini sebanyak empat sesi. Dan ternyata ada perubahan pada bahagian perut saya. Setiap rawatan saya lakukan selang beberapa hari dalam masa dua minggu, itu yang disarankan Doktor Anjalee Nair daripada Lyfe Clinic. Walaupun kata doktor tidak perlu mengamalkan diet, namun bagi saya yang kuat makan ini, harus tahu membataskan diri agar tidak makan secara berlebihan.
Setibanya saya di klinik, doktor bertanya tentang kondisi dan kesihatan saya, barulah doktor membenarkan saya ke bilik rawatan. Saya kemudian baring dan jururawat mula membalut perut saya dengan tali hitam kemudian alat Emsculpt tadi diletakkan pada perut saya. Ada beberapa bahagian tubuh lain yang boleh kamu cuba menerusi rawatan ini (mengikut permasalahan kamu). Bermula dengan kuasa elektromagnet yang rendah, kemudian jururawat menaikkan sedikit demi sedikit kadar kuasa sehingga mencecah 100 peratus. Mereka tidak dibenarkan terus menaikkan pada kadar kuasa yang tinggi kerana ia akan menyebabkan komplikasi yang lain.
Ketika rawatan ini berlangsung, kamu tidak akan rasa sebarang kesakitan yang melampau. Namun, selepas itu pada sebelah malam, saya mula rasakan lenguh-lenguh (ibarat rasa badan lenguh-lenguh bisa selepas bersenam) dan kata doktor itu normal. Dan sepanjang kontraksi itu, perut kamu akan terasa seolah seperti kamu sedak melakukan crunches namun dalam keadaan berbaring.
Pada awalnya ukur lilit bahagian tengah perut saya ialah sepanjang 36cm. Selepas empat sesi rawatan, saya dapat lihat ia telah berkurangan dan kini berukuran 30cm. alangkah terkejutnya saya dengan hasil rawatan ini. Buat kamu yang mahukan bentuk tubuh ideal, saya sarankan kamu untuk berkunjung ke Lyfe Clinic yang bertempat di Damansara Intan, Petaling Jaya, Selangor.
Apa pandangan anda?