Posted on April 20, 2020
Selebriti potong rambut sendiri waktu PKP? Ya, mereka tak perlu pun menggesa kerajaan membuka kedai-kedai gunting rambut kerana itu merbahaya dan boleh menyebarkan lagi wabak COVID19. Tapi kalau dah hati tak tahan sangat dengan rambut yang kian memanjang, bukan tak boleh pun potong sendiri. Kamu sendiri boleh membuatnya dan boleh pula meminta tolong sesiapa yang serumah dengan kamu untuk memotong bahagian yang kamu tak nampak.
Ikut sahaja seperti contoh-contoh yang ditunjukkan oleh selebirit-selebriit ini. Siapa selebriti potong rambut sendiri?
https://www.instagram.com/p/B-fuC36g1FT/
Gabriel Kane Day-Lewis
Dia meminta tolong bapanya Daniel Day-Lewis trim bahagian sisi rambutnya. Ya, bukan sahaja Daniel Day-Lewis pandai berlakon, menyanyi dan membetulkan kasut – dia juga pandai buat low-fade untuk rambut anaknya.
https://www.instagram.com/p/B-k8_PcHHKm/
Maluma
Sweet sekali pabila ibu Maluma membantu anaknya mencukur rambutnya gondol setelah melihat kesukaran Maluma mencukur bahagian belakang kepalanya.
https://www.instagram.com/p/B-jykkWAhiM/
Cristiano Ronaldo
Untunglah kalau dapat bersama dengan girlfriend dalam tempoh PKP ini. Ronaldo meminta tolong girlfriend nya untuk membersihkan undercut rambutnya di belakang rumah.
https://www.instagram.com/p/B-s2gZwD6PM/
Tallulah Willis
Nah, pakai baju tidur yang sama kemudian bapa tolong pula potong rambut anaknya. Hahahaha. Bruce dan Tallulah memiliki hubungan anak dan bapa paling cool di dunia.
https://www.instagram.com/p/B-iwI08jawV/
Taika Waititi
Waititi menunjukkan contoh bagaimana bapa-bapa seluruh dunia yang perlu dikuarantin bersama anak mereka cuba untuk melalui fasa ini. Just have fun and penuhkan masa terluang.
Apa pandangan anda?