Posted on February 12, 2022
Bulan Februari adalah bulan romantik dan ada hari istimewa, Valentine’s Day! Walau kekasih boleh dirai setiap hari, why not hari yang satu ini kita rai ekstra sedikit. Mana tahu hari istimewa ini mampu mengeratkan lagi hubungan percintaan kamu.
Gambar: Jo Malone London
Tak sabar hendak menerima jambangan bunga mawar serta makan malam romantik bersamanya, bukan? Namun, soalan penting, sudahkah kamu sudah punya pelan persiapan untuk tampil ekstra cantik di hari istimewa ini?
Setiap kali tiba hari istimewa baik hari jadi, hari Raya, dan night out bersama teman-teman, pasti kita hendak tampak cantik. Itu yang paling penting. Hidup dalam dunia media sosial hari ini, swafoto dan bergambar-gambar kenangan adalah antara aktiviti wajib. Apatah lagi, Valentine’s Day, kan?
Maka, jika hendak nampak istimewa sedikit, sarunglah solekan sedikit ekstra daripada biasa. Riasan rambut, kuku sehinggalah ke hujung kaki haruslah dititikberatkan.
Ingat, tidak semestinya tampil berlawa hanya untuk pandangan mata si dia. Akan tetapi, untuk boost semangat kamu juga. Apabila kita rasa diri kita selesa dan cantik, kita serta-merta terus jadi yakin.
Naikkan keyakinan diri dengan haruman…
Tip saya, paling mudah, pilih haruman yang boleh menyemarakkan rasa romantis dalam diri. Jika kurang gemar bersolek atau tidak terlalu pandai menyarung busana yang stailish, sarungan haruman paling tepat. Tidak terlihat dek mata kasar tetapi aromanya yang melekat pada tubuh kamu, buat diri tiada rasa takut dan kekok langsung jika si dia ingin mendampingi kamu. Pilih haruman dengan bauan bunga glamor sesuai untuk dipakai waktu malam untuk membangkitkan rasa sensual.
Jo Malone London Rose & Magnolia Cologne
Persiapkan kulit wajah sebelum hari istimewa…
Kalau kamu seorang yang memiliki bibir kering, dan risau jika sarungan gincu bibir tidak nampak cantik di wajah kamu. Jangan khuatir. Inilah masanya kamu harus sedar, exfoliate itu penting. Bukan sekadar wajah harus di skrub, bibir juga. Ini untuk menyah kulit mati langsung membuatkan bibir menjadi lebih cerah. Untuk mengekalkan lembapan, sentiasa sarung salap (balm) bibir. Nescaya sarungan gincu itu akan smooth sahaja di bibir kamu.
Chanel Rouge Coco Baume RM146
Selain wajah, bahagian lain juga harus dirapi…
Antara penampilan diri yang harus dititikberat selain wajah, adalah tatarias rambut dan kuku. Memandangkan kamu akan menikmati makan malam bersama dengannya, apa kata kita fokus pada kuku. Penjagaan kuku amat penting. Kuku yang kotor sudah tentu boleh buat si dia turn off! Jadi, tip saya, pastikan kuku di potong kemas. Segala kutikel dibuang, kulit tangan dan jari-jemari harus kekal lembut. Sapuan losyen tangan amat digalakkan. Disamping itu, riaslah kuku kamu di hari istimewa ini. Kalau mood nya romantik, pilih riasan kuku yang glamor seperti rona-rona golongan warm seperti merah.
Gambar: Nailsmith Spa & Bar, Publika
Akhir sekali, tidak perlu bergaya keterlaluan. Cukup sekadar memastikan penampilan kamu agak berlainan sedikit untuk Valentine’s Day ini berbanding hari biasa. Ambil hari istimewa ini sebagai satu hari untuk kamu manjakan diri kamu. Tidak semestinya diamalkan oleh kamu yang bercinta sahaja. Yang single seperti saya pun tidak salah untuk bersiap cantik pada hari ini!
XOXO,
Amira
Apa pandangan anda?