Periksa akaun bank, hati rasa lega kerana gaji sudah masuk. Selain asingkan duit untuk komitmen bulanan, pasti juga ada asingan untuk reward diri sendiri. Jika tanya saya, splurge it all the way! Bukan untuk orang lain, akan tetapi untuk diri sendiri, bukan? Gol saya saban bulan ialah untuk manjakan diri dengan spa atau produk kecantikan wajah. Ini cara saya menghadiahkan diri saya yang penat bekerja setiap bulan. Jika kamu macam saya, jom saya hendak kongsi produk kecantikan mewah untuk kamu manjakan wajah kamu bulan ini.
Penjagaan kulit adalah satu investment yang harus kamu ambil berat. Jika kamu seorang yang mementingkan kecantikan, pastikan kamu ada produk ini dalam rutin kamu. N°1 De Chanel Revitalizing Serum-In-Mist daripada Chanel ini mudah untuk dipakai. Pertama sekali kerana bentuknya berupa kelalang sembur, maka ianya amat mudah digunakan pada bila-bila masa tidak kira di mana. Bukan itu sahaja, ianya adalah sejenis serum yang bertujuan menyegar serta sesuai untuk yang memiliki kulit kusam akibat daripada pencemaran sekeliling.
Cukup berkuasa kerana menggunakan ekstrak bunga Camellia sebagai taruhan untuk produk ini di mana ia juga merupakan bunga kegemaran Coco Chanel kerana ia diperkaya dengan aktioksidan yang baik untuk wajah.
Mata juga antara bahagian yang paling penting namun paling tidak diberi perhatian ramai jika bercakap tentang rutin kecantikan ini. Percayalah, jika kamu mulakan penjagaan mata daripada usia muda, kamu pasti akan dapat lihat hasilnya sewaktu kamu melangkah ke usia yang lebih tua. Pentingnya rutin ini pada saya kerana saya seorang yang suka menyarung solekan mata. Dan semakin terhidrat kulit lembut mata, semakin cantik solekan mata kamu itu. Namun, jika kurang nutrisi dibekalkan di bahagian tersebut, kulit akan ketara kelihatan kering dan berkedut. We don’t want that, right?
Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream adalah pilihan krim mata paling terbaik pada saya. Tekstur krimnya tidaklah terlalu berat dan yang paling mengagumkan saya ialah krim ini mampu mencapai keberkesanan tiga kali ganda dalam meningkatkan daya tahan kulit. Ia mengandungi dua intipati penting iaitu Ginsenomics™ dan Ginseng Retinol™ yang cukup berkuasa dalam mengembalikan kulit mata tampak muda. Bukan itu sahaja, hasilnya sudah boleh dilihat melalui satu aplikasi sahaja.
Bedak asas masih menjadi produk kosmetik mesti milik sehingga ke hari ini. Baik kamu seorang yang sukakan kusyen kompak, krim bb dan sebagainya, pasti akan ada satu bedak asas terselit di meja dandan kamu. Buat pencinta bedak asas, Dior Forever Skin Glow adalah produk mesti ada kamu bulan ini. Saat pertama kali saya menyarungnya, terus saya jatuh cinta. Ia memiliki tekstur matte namun masih buat kulit kelihatan bersinar dan berseri tetapi langsung tidak melekit!
Dilengkapi dengan konsentrasi intipati penjagaan wajah, maka ia dalam pada masa yang sama melindung kulit 24 jam serta memberi hasil kulit terhidrat sepanjang menyarung bedak asas ini. Memiliki 16 pilihan warna sesuai untuk semua jenis tona kulit.
Hidup tidak lengkap tanpa koleksi gincu bibir. Baik jenis salap (balm), tint dan sebagainya, sekurang-kurangnya kamu pasti akan ada satu gincu bibir. Tambah lagi koleksi kamu itu dengan pilihan Rouge à Lèvres Satin daripada Gucci Beauty. Walau ia bertekstur satin, pigmen rona gincu bibir ini cukup terang dan menyerlah walau baru pada layangan pertama. Buat kamu yang tidak sukakan sesuatu yang terlalu kering pada bibir, layangkan gincu ini. Pasti kamu akan terus jatuh hati. Hadir dalam 34 rona warna, kamu pasti tidak akan hampa dengan seleksi warna yang sedia ada.
Akhir sekali, tidak lengkap rasanya jika saya tidak sertakan pilihan haruman terbaik harus kamu miliki bulan ini. Jo Malone London Silk Blossom Cologne. Haruman yang memiliki suntikan nota manis buah aprikot segar dan sedikit nota pedas sesuai sekali digayakan pada segala jenis musim apatah lagi musim panas seperti di Malaysia. Lihat juga bentuk rupa kelalang haruman ini, cukup aesthetic. Diambil inspirasi daripada batu kerikil yang dibasuh laut, ianya boleh saya rumuskan sebagai haruman yang cukup unik namun masih mudah didekati ramai apabila kamu memakainya.
Apa pandangan anda?