Posted on January 8, 2020
Siapa tidak kenal dengan Shiyo Joo, jurusolek tempatan yang semakin meningkat naik namanya. Shiyo antara jurusolek profesional yang memiliki hasil tangan magis setiap kali melakar solekan ke wajah-wajah selebriti. Setiap hasil solekannya akan dimuat naik di laman Instagramnya. Dan setiap kali itulah, saya akan berasa teruja melihat hasil-hasil solekannya. Saya juga pernah disolek Shiyo untuk satu projek bersama. Ternyata teknik solekannya yang cukup teliti serta bagaimana dia prep wajah client nya itu amatlah berbeza dan cukup istimewa. Selain itu, pada saya kekuatan Shiyo terletak pada asas solekan itu sendiri. Setiap wajah yang disoleknya punya hasil asas yang cukup mulus dan bebas cela. Usah borak panjang lagi, biar saya kongsikan antara 5 solekan Shiyo Joo yang menjadi pilihan STAIL.MY.
Baru-baru ini influencer fesyen, Jane Chuck, telah pun melangsungkan perkahwinan. Cukup gah seiring dengan gaun serta solekannya malam itu. Lihat mainan rona pada wajah Jane. Shiyo Joo bijak memilih rona daripada palet koral sesuai dengan tona kulit Jane.
Shiyo bijak memadankan rona-rona bold pada setiap jenis tona kulit. Seperti Dayang Nurfaizah, Shiyo memilih rona pastel ungu sebagai fokus pada solekan Dayang. One word, #STAILLAVV
Ameera juga antara wajah yang sering ditata Shiyo. Lihat sahaja lah menerusi foto ini, cantik sungguh Ameera Khan mengenakan solekan glamor berbibir merah. Klasik!
Seperti solekan Awkwafina di Golden Globes 2020, namun Shiyo telah melakukannya dahulu. Lihat bagaimana Shiyo memadukan solekan bibir merah cili bersama solekan mata menggunakan glos lutsinar kemilau pada wajah Lyn Lyn. Cantik!
https://www.instagram.com/p/B4gmVVIhm_n/
See at the details! Penggaris mata rona merah mengakhiri solekan mata glamor Shiyo. Lihat betapa sempurna layangan pensel mata rona hitam kemudian ditepek kemas pembayang mata kemilau.
Apa pandangan anda?