Posted on December 11, 2020
Saya merasa bertuah kerana diberi peluang untuk duduk bersama pengasas jenama Tata Harper ini sendiri menerusi satu sesi panggilan video yang berlangsung baru-baru ini. Kami di Malaysia dapat berborak dan mengenali tentang jenama serta produk terbaru mereka, Water-Lock Moisturizer, yang diterangkan sendiri oleh Tata yang saat itu sedang berada di rumah ladangnya di Vermont.
Tata Harper
Antara yang dikongsi Tata ialah bagaimana dia memulakan empayarnya ini. Tata memberitahu kesukarannya dulu apabila dia ingin mencari produk penjagaan wajah yang diperbuat 100 peratus daripada bahan natural membuatkan dia ingin membina jenamanya sendiri. Ingatnya lagi ketika dia di kaunter kecantikan, bertanya kepada pembantu kaunter, dia mahukan produk organik, dan pembantu ini memberinya beberapa jenis krim. Namun dalam krim tersebut masih ada kandungan kimia seperti paraben dan sebagainya.
Ia bukan sekadar tentang clean beauty, ia adalah tentang membuang jauh beberapa jenis kimia seperti intipati kimia sintetik. Jadi kami di sini berusaha keras untuk memastikan segala bahan sintetik kimia yang digunakan oleh produk kecantikan yang lain, kami boleh tukarkannya kepada sesuatu yang lebih bersih dan natural.
Dan kami bermula daripada bawah apabila bercakap tentang formula yang kami cipta ini. Kami bukan jenama yang menggunakan pihak ketiga untuk membekalkan intipati untuk makmal kami. Kami hasilkan produk kami di ladang kami.”
Seperti kita tahu produk Tata Harper ini sememangnya menjadi kegemaran ramai selebriti antarabangsa seperti Hillary Duff, Jessica Alba, Anne Hathaway dan ramai lagi, kami juga menjadi teruja untuk mendengar lanjut tentang produk terbaru daripada jenama ini, Tata Harper Water-Lock Moisturizer.
Fungsi utama Tata Harper Water-Lock Moisturizer ini adalah untuk mencapai kulit sihat, gebu, lembut, halus serta mudah bernafas melalui produk bebas silikon ini. Dengan adanya teknologi penguncian air di dalam produk ini, ia dapat membantu memberi hidrasi optimum pada kulit wajah kamu. Bukan itu sahaja, dengan intipati mewah seperti biji buah delima yang membantu mengunci dos lembapan dalam kulit serta peptida buah oren yang memperluaskan lagi perlindungan kulit untuk meningkatkan kadar hidrasi yang terkandung dalam kulit.
Bukan itu sahaja, pembungkusan produk ini juga amat dititikberatkan jenama ini. Ini adalah produk pertama Tata Harper yang menampilkan produk refill. Jadi setiap pod yang sudah habis digunakan, boleh kamu kitar semula kemudian gantikan dengan pod krim yang baharu.
Saya juga sudah mencuba produk ini. Pada pendapat saya, krim ini sememangnya amat ringan dan sesuai buat semua jenis kulit. Saya memiliki jenis kulit kombinasi, jadi krim ini amat sesuai dan tidak langsung meninggalkan rasa lekit di permukaan kulit wajah. Ia meresap cepat ke dalam kulit dan saya gunakannya setiap pagi dan malam untuk wajah juga leher saya. So far, saya sukakan efeknya, kulit saya nampak lebih sihat pada masa sama, saya dapat lihat tekstur dan permukaan kulit saya semakin lama semakin pulih.
Unboxing Water-Lock Moisturizer bersama Tata Harper
*Tata Harper Water-Lock Moisturizer boleh didapati pada harga RM313, manakala pod refill pada harga RM284.
Jika kamu mahu mencuba produk Tata Harper yang lain, saya sarankan kamu mencuba krim pelembap Water-Lock Moisturizer dengan tiga produk ini:
Tata Harper Regenerating Cleanser RM352
Tata Harper Resurfacing Mask RM271
Tata Harper Resurfacing Serum RM355
Apa pandangan anda?