Posted on November 4, 2019
Dalam dunia mekap sekarang semua orang hendak buat baik gincu baik palet mata, apa sahaja pasti laku. Lagi-lagi kalau kamu seorang bintang Youtube. Budaya ini bukan sahaja berleluasa di kalangan ‘influencer’ di Malaysia sahaja, saya bercakap tentang budaya di seluruh dunia. Sebelum ini orang naik gila dengan produk kecantikan Kylie Jenner dan Jeffree Star. Kali ini, Tati Westbrook lancar koleksi mekap. Siapa tidak kenal dengan si Tati, pemilik akaun Youtube kecantikan, glamlifeguru, yang namanya menjadi kontroversi bergaduh dengan James Charles, seorang lagi guru kecantikan Youtube.
Dia melancarkan koleksinya yang dinamakan Tati Beauty. Buat kamu yang masih tidak punya sebarang idea tentang Tati, dia ini sudah berkecimpung dalam dunia Youtube hampir 10 tahun mengajar wanita dan peminat kecantikan seluruh dunia menguasai trik dan teknik solekan. Namun ini bukan kali pertama Tati lancar produk jenamanya sendiri. Sebelum ini dia pernah lancar Halo Beauty. Produk makanan tambahan, namun peminatnya dikatakan sedikit kecewa dengan Tati kerana memilih untuk melancarkan produk yang bukan daripada rangkaian solekan.
https://www.instagram.com/p/B37xQzTD1gN/
Mungkin perasan dengan rintihan peminatnya, Tati mula merangka produk seterusnya. Sedar tidak sedar, minggu lalu Tati memuatnaik video di Youtube mengumumkan kemunculan Tati Beauty ini. Dan produk pertama yang dikeluarkannya ialah palet mata. Hey, mungkin kamu tidak akan merengus, ‘palet mata lagi!’ kerana palet mata Tati ini bukanlah palet yang asas juga membosankan. Terdiri daripada empat jenis kemasan dalam satu palet iaitu pusam (matte), glitter, sequin dan metalik. Dan pilihan ronanya pula terdiri daripada 24 rona yang cukup cantik dan mewah seperti perak, warna tanah, oren, merah dan merah jambu. Lengkap buat kamu yang mahukan solekan siang juga solekan malam.
Kata Tati, dia cipta palet ini dengan konsep yang berbeza. Susunan ronanya pula disusun dengan cukup cantik bagi memudahkan pengguna yang mahu mencipta solekan monokromatik. Paling penting, palet ini dikategorikan dalam kelompok vegan dan cruelty-free. Bagus, bukan?
Saya sudah tidak sabar untuk mendapatkan palet ini kerana saya tahu Tati sememangnya sudah master dalam dunia kecantikan. Pasti dia tahu apa yang peminat mekap mahukan dalam sesebuah palet itu.
Apa pandangan anda?