Posted on November 20, 2019
Rahsia cantik sebenarnya bermula daripada rutin penjagaan sebelah malam. Percaya atau tidak? Suatu ketika dahulu, saya pernah menafikan perkara ini. Saya fikir segalanya bermula di permulaan hari. Pakai pupur sebelum mekap, cuci muka dan pastikan kulit wajah dibekal pelembap paling optima. Betul, namun jika kamu luang sedikit masa di sebelah malam untuk memanjakan diri dengan belaian produk-produk kecantikan hebat, rasakan kulit wajah kamu keesokan paginya. Pasti lain dari yang lain. Hari ini, saya ingin kongsikan beberapa tip cantik sebelum tidur agar wajah tampil lebih segar keesokan paginya.
1- Bersihkan wajah
Ini normal. Seharian keluar, terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran sekeliling, pastinya kamu rasa melekit dan mahu melompat ke kamar mandi serta-merta. Namun, konteks bersihkan wajah maksud saya ini ialah bersihkan dengan sedalam-dalamnya. Pastikan wajah bebas daripada segala jenis kotoran. Jika tanya saya, saya lebih selesa dengan teknik double cleansing untuk kulit wajah saya. Bermula dengan pencuci muka jenis minyak kemudian diteruskan dengan pencuci jenis buih. Dan percaya atau tidak, dengan adanya penggunaan gajet berus wajah, kulit kamu akan lebih bersih. Saya pengguna setia Nu Skin Ageloc® Lumispa™. Saya bandingkan kulit wajah sebelum dan selepas menggunakan gajet ini. Ternyata kulit wajah saya lebih mulus dan lembut. Sungguh!
Nu Skin ageLOC® LumiSpa™ Core Kit – Oily RM1144
2- Gosok gigi
Jangan pandang remeh. Kajian mendapati rata-rata ramai wanita yang lupa menggosok gigi pada sebelah malam sebelum tidur. Jangan begini ya teman-teman. Gosoklah gigi sebelum tidur, ternyata sewaktu kamu tidur itu, gigi kamu berada dalam keadaan bersih dan tidak dikerumuni bakteria sepanjang malam. Dan tahukah kamu, tabiat tidak menggosok gigi sebelum tidur ini sebenarnya boleh membawa kita ke penyakit yang serius. Antaranya seperti masalah jantung. Jadi mulai sekarang, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur ya.
3- Amalkan pelembap wajah
Krim pelembap malam kini semakin banyak dijual di pasaran. Tahukah kamu mengapa krim ini diwujudkan? Ha sebenarnya, ia berfungsi untuk merawat dan mengembalikan keserian kulit wajah yang hilang akibat seharian terdedah kepada segala pencemaran luar. Bukan itu sahaja, sewaktu tidur, kulit kita ini boleh terdedah kepada kekeringan, maka dengan adanya pelembap wajah, ia sedikit sebanyak mengurangkan masalah kulit ini. Saya percaya ada yang tidak suka amalkan pelembap kerana rasa tidak selesa (melekit) yang disebabkan oleh krim wajah itu. Pilihlah krim yang bertekstur ringan.
Tip saya, jangan baring terus sejurus letak krim, biarkan krim itu meresap sepenuhnya terlebih dahulu, barulah rebahkan badan ke katil. Jika kamu tanya saya, produk pilihan saya ialah Sunday Riley Power Couple Duo: Total Transformation Kit. Dua produk yang saya adun bersama ini iaitu Luna Sleeping Night Oil dan Good Genes All-In-One Lactic Acid ini sememangnya padanan yang amat berkuasa pada saya. Kombinasi asid laktik dan trans-retinol untuk menyental sel kulit mati serta mencerahkan kulit wajah keesokan paginya. Saya amalkan kedua-dua ini pada sebelah malam, dan keesokan paginya saya dapat lihat, wajah serta-merta berseri. Kurang penghasilan garis halus, liang pori yang terbuka luas sebelum ini juga semakin berkurangan.
Sunday Riley Power Couple Duo: Total Transformation Kit RM352
Apa pandangan anda?