Posted on December 10, 2019
Tahun ini kita banyak melihat selebriti seperti Cardi B tampil dengan riasan seni kuku menarik penuh warna-warni serta bertatah berlian, manakala Ashley Graham juga Beyonce kembali mengangkat trend klasik French manicure. Bukan itu sahaja, internet juga digemparkan dengan trend kuku seperti potongan kuku bak gincu bibir, trend warna kuku bak cangkerang kura-kura dan pelbagai lagi. Dan yang pastinya tahun 2020, trend nya akan lebih gah. Dengar cerita sudah pun ada, dan kata manicurist, trend milky nails bakal menjadi pilihan ramai selepas ini.
Instagram: Lizzo
Ini semua gara-gara selebriti Lizzo yang memuat naik beberapa klip video di Instagram Stories miliknya. Ketika itu, Lizzo sedang merakam solekan wajahnya serta menunjukkan aksesorinya sempena persembahannya untuk KIIS FM Jingle Ball di Los Angeles baru-baru ini. Walaubagaimanapun, peminat sebenarnya tidak mampu untuk mengabaikan tumpuan pada riasan kuku Lizzo.
Itulah yang dinamakan kuku milky nails. Minimal yet chic. Segalanya tentang warna itu sendiri. Ronanya tidak terlalu gelap malah tidak juga terlalu cair. Ia di antara samar-samar dan off-white legap. Ibarat rona segelas susu. Setuju?
Allure antara yang pertama mengupas trend ini, kata Victoyria, nail artist yang bertanggungjawab merias kuku Lizzo berkongsi,
Prosesnya amat mudah memandangkan saya guna serbuk akrilik. Apa yang saya lakukan ialah, saya sapukan satu riasan warna kemudian saya lapiskan dengan topcoat jenis gel. Ramai yang memilih menggunakan pewarna kuku untuk mencipta rona putih susu ini, tapi saya lebih suka menggunakan serbuk akrilik.”
Mudah bukan? Hendak cipta riasan milky nails ini, kami sudahpun bongkar dua cara. Sama ada menggunakan pewarna kuku biasa ataupun cipta menerusi serbuk akrilik. Kamu juga boleh mencubanya sendiri. Kalau tidak, singgah sahaja mana-mana salun dan pintalah riasan kuku ini pada mereka.
Mari saya kongsikan lagi beberapa contoh riasan kuku jenis milky nails ini untuk tatapan dan inspirasi kamu. Cepat cubanya sekarang!
https://www.instagram.com/p/B5pi2ucJyMp/
https://www.instagram.com/p/B5zdxQsi3_8/
https://www.instagram.com/p/B2cMNHHhmw8/?utm_source=ig_embed
https://www.instagram.com/p/B0tdO6AI2BK/?utm_source=ig_embed
Apa pandangan anda?