Posted on July 15, 2020
Anak Datin Milah si Najib sudah lama berpacaran dengan Sal. Tapi tiada siapa dapat menebak bahawa bakal menantu jadi madu Datin Milah akhirnya. Najib dan Sal berkawan hampir lapan tahun. Mereka saling berkenalan di kolej, cinta berputik tika kali pertama mereka bersua mata di pejabat pendaftaran. Sal buntu mencari-cari meja pegawai pendaftaran, Najiblah yang menunjukkan kepada Sal kerana Najib senior Sal setahun. Sal memang cantik orangnya. Manis, bertubuh langsing dan berambut panjang ikal mayang. Seperti girl next door yang memang layak dibawa pulang bertemu ibu bapa. Mak mak akan kepingin lah bermenantukan Sal. Dibesarkan pula dalam keluarga baik-baik, elok budi pekerti dan beradab, sangat menghormati orang tua.
Bukan tak ada budak-budak lelaki lain yang mahu berpacaran dengan Sal. Dari kalangan anak-anak Datuk, Datuk Seri malah kerabat Diraja, semua pernah cuba tackle Sal. Cuma hatinya terpaut pada Najib. Pada Sal, Najib memenuhi kriteria yang dimahukannya pada seorang lelaki dan mungkin satu hari nanti menjadi suami. Najib juga jejaka yang pendiam, pemalu tetapi baik dan berhemah. Sal merasakan Najib memang padanan yang sesuai dengannya. Selepas dua tahun berkawan, Najib mula memperkenalkan Sal kepada keluarganya.
Datin Milah pula memang suka sangat pada Sal. Dah memang pula Sal gadis yang sesuai dibuat menantu. Datin Milah senang sangat dengan kehadiran Sal dalam keluarganya. Sal bijak menolong di dapur, manis dibawa ke majlis, senang sekali Datin Milah juga jadikan peneman kala mahu keluar shopping atau bertemu teman-teman. Banggalah Datin Milah memperkenalkan Sal sebagai bakal menantunya kepada teman-temannya. Sal pula akan tertunduk malu dan tersenyum simpul setiap kali Datin Milah berbuat demikian. Bahagialah Najib dan Sal berhubungan apalagi direstui kedua-dua belah keluarga.
Sal memang cantik orangnya. Manis, bertubuh langsing dan berambut panjang ikal mayang.
Tiada siapa pun yang sama sekali menyangka bahawa cempedak akan menjadi nangka. Sesiapun tidak dapat menghidu akan apa yang bakal terjadi kepada keluarga Datin Milah. Setahun sebelum Najib memutuskan mahu memperisterikan Sal, dia kerap juga berkunjung ke rumah Najib. Yalah sudah masuk tahun ketujuh mereka bersama. Sal ibarat keluarga juga dalam keluarga Najib. Sudah terbiasa sangat dia di rumah Najib. Setiap percutian keluarga juga, Sal akan turut bersama-sama. Datin Milah memang sudah menganggap Sal sebagai menantunya walau belum berakad.
Datuk Kamal, bapa kepada Najib juga senang dengan kehadiran Sal. Dia juga gembira melihat Najib ada pasangan yang boleh menyokong dan mendorong dalam kehidupan. Jadi Najib juga ada tujuan dalam hidup dan Datuk Kamal senang melihat Najib berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, semuanya dirasakan kerana Sal. Datuk Kamal juga sudah menganggap Sal sebagai menantunya, hanya menunggu masa untuk menjadi saksi kepada akad dia dan Najib.
Berbanding dengan waktu di kolej, sudah tentu Sal waktu itu semakin cantik. Dia menjadi wanita yang elegan, tambah lagi sudah berkerjaya pula di bidang korporat. Sal menjadi sebutan di kalangan teman-teman keluarganya dan keluarga Najib. Banyak juga yang iri dan dengki dengan Najib kerana berjaya mendapatkan Sal semakin panas apabila ura-ura berita Najib akan memperisterikan Sal mula menular.
Tetapi nampaknya ini bukanlah masalah sebenar dalam hubungan Najib dan Sal. Entah bagaimana, satu hari apabila Datuk Kamal melihat Sal ketika dia berada di rumahnya, hatinya seolah-olah terpaut dengan Sal. Awalnya, dia menidakkan perasaannya itu. Fikirnya sendiri, “Tentulah aku merasa begini. Sal wanita yang cantik. Tentu paling tidak, akan terbetik perasaan sebegini. Sesiapa yang melihat pun akan merasa begitu.” Tetapi setelah beberapa minggu, perasaan itu tidak hilang-hilang. Semakin dia melihat Sal, semakin hatinya mahu bersama dengan Sal. Dan dia pun tak pasti, apakah Sal juga perasan akan perubahan pada dirinya, dia juga seperti membalas perasaan Datuk Kamal.
Berbanding dengan waktu di kolej, sudah tentu Sal waktu itu semakin cantik. Dia menjadi wanita yang elegan, tambah lagi sudah berkerjaya pula di bidang korporat.
Datuk Kamal bekerja sebagai Ketua Pegawai Kewangan di sebuah syarikat bekalan tenaga di ibu kota. Syarikat berasal dari Switzerland ini adalah syarikat R&D untuk bekalan tenaga yang melabur di Malaysia. Datuk Kamal juga dilantik sebagai pengerusi beberapa syarikat lain yang memerlukan kepakarannya. Kalau dilihat pada karisma dan ketokohan, memang Datuk Kamal memiliki semuanya. Cara dia bercakap dan cara dia melayan orang, menunjukkan pengalamannya dan etika yang sungguh luar biasa. Tentulah ini sesuatu yang tidak ada pada Najib sementelah dia pun masih hijau dalam kehidupan.
Dalam diam, Datuk Kamal meluahkan perasaannya kepada Sal dan rupanya Sal juga membalas perasaan Datuk Kamal itu. Maka bermulalah episod hitam dalam keluarga Najib. Datuk Kamal dan Sal menjalinkan hubungan sulit. Di depan semua ahli keluarga, mereka beraksi normal seperti biasa. Tetapi dalam diam mereka berpacaran dan bertemu secara sulit. Dan ini berlangsung selepas Najib propose kepada Sal. Mereka pun tidak langsung menunjukkan tanda dan memberitahu Najib tentang hubungan mereka. Sal ada juga merisaukan tentang perkara ini dan bertanya kepada Datuk Kamal, “I rasa kita kena beritahu pada Najib lah bang. Sal tak sanggup lagi berdusta pada dia.” Beberapa kali juga Sal membuka topik ini kepada Datuk Kamal, tetapi katanya dia akan menyelesaikan masalah ini bila tiba masa yang sesuai nanti.
Sehinggalah sebulan sebelum majlis perkahwinan akan berlangsung, Datuk Kamal memanggil semua ahli keluarganya dan Sal untuk makan malam bersama. Sebaik pemanis mulut dihidangkan, Datuk Kamal mengumumkan, “Abah dan Sal sudah setahun menjalinkan hubungan. Dan kami sudah setuju mahu berkahwin.” Ya Allah, bayangkan keadaan pabila Datuk Kamal selesai bercakap. Mulanya semua terdiam dan terkelu tanpa kata. Sejurus selepas Najib menjerit, “Apa yang abah cakap ni??!!!?!” Maka bermulalah perbalahan antara Najib dan Datuk Kamal. Najib naik berang dan memecahkan pinggan mangkuk di atas meja. Datin Milah tentulah orang yang paling terkejut. Awalnya dia meraung seperti polong sebelum pitam tak sedarkan diri.
Kerana pada akhirnya dia tahu Datuk Kamal sudah tetap hati mahu mengahwini Sal. Apalah nasib Datin Milah, gadis yang dibanggakan bakal menantu jadi madu kepadanya.
Adik-beradik Najib cuba menenangkannya. Tetapi dia seperti amuk di ruang makan. Mereka menahan dia daripada menyerang Datuk Kamal. Sal sudah meninggalkan ruang makan. Adik Najib menasihatkan dia untuk pulang dahulu. Sebelum apa-apa kejadian yang lebih teruk terjadi. Mereka terpaksa memanggil family’s doctor mereka untuk memberi ubat penenang kepada Najib. Begitu teruk sekali penangan pengumuman Datuk Kamal itu. Dengarnya Najib selepas malam itu seperti tidak dapat menerima berita itu dan perlu dirawat oleh psychiatrist berbulan-bulan lamanya.
Ha… Datuk Kamal dan Sal pula? Mereka tetap dengan keputusan mereka mahu berkahwin. Tiga sebulan selepas kejadian mereka menikah di Pejabat Kadi tanpa majlis. Datin Milah tentulah tidak membenarkan pada awalnya tetapi setelah dipujuk dan dipujuk dan dipujuk oleh Datuk Kamal malah diugut kalau tak diberi kebenaran, mereka akan berkahwin di London – maka Datin Milah terpaksa menurut. Kerana pada akhirnya dia tahu Datuk Kamal sudah tetap hati mahu mengahwini Sal. Apalah nasib Datin Milah, gadis yang dibanggakan bakal menantu jadi madu kepadanya.
Sehingga hari ini pun, sudah seperti menjadi urban legend di kalangan masyarakat kelas atasan ibu kota sering terdengar-dengar orang berbisik-bisik sesama mereka, “Kau tahu cerita bakal menantu jadi madu Datin Milah?” Dan tak jemu-jemu orang bercerita fasal kisah keluarga Datin Milah dan Datuk Kamal termasuklah cerita Najib yang kata orang sedikit mereng sampai hari ini. Kesian.
Apa pandangan anda?