Posted on October 17, 2019
Penyertaan Ditutup
Jumpa lagi tahun depan!
Tahun ini STAIL.MY membuka peluang kepada pembaca-pembaca milenialnya melalui pencarian Fresh Face 2020. Bermula 2016, tahun hadapan akan menandakan tahun keempat Fresh Face STAIL.MY dianjurkan. Ia adalah paparan khas untuk mengetengahkan wajah-wajah baru dan segar dari pelbagai industri sebagai penyeri dunia media di Malaysia. Sejak wujudnya terma influencer dalam dunia media sosial, semakin banyak individu-individu yang senang mencipta nama dalam dunia maya. Dan sebagai pemain utama dalam dunia media digital tanah air, kami merasakan menjadi tanggungjawab kami untuk terus memeriahkannya dengan memaparkan wajah-wajah baru yang mungkin memiliki potensi menjadi the next influencer.
Ini tidak termasuk nama-nama yang sememangnya disebut-sebut dalam dunia hiburan tanah air. Wajah-wajah baru dalam dunia hiburan tanah air juga akan turut menyertai senarai Fresh Face setiap tahun. Tapi mengapa pemilihan ini hanya datang daripada team editorial STAIL.MY sahaja semata-mata bukan? Kami merasakan dengan membuka penyertaan di kalangan pembaca akan membuat paparan khas ini menjadi lebih exciting. Jadi jika kamu sudah berada di halaman ini, mengapa tidak isi sahaja borang pencarian di bawah dan ikuti langkah-langkah yang boleh membuatkan kamu layak tersenarai sebagai calon Fresh Face 2019. Bayangkan kamu ada peluang tersenarai bersama-sama dengan nama besar dunia hiburan dan media sosial di Malaysia? Casting day akan berlangsung pada 2 November 2019 di WORQ KL Gateway Aras 3, KL Gateway Mall. Selamat mencuba dan berjumpa kita nanti di WORQ KL Gateway!
Apa pandangan anda?