Posted on December 4, 2019
Sejak mengumumkan pengunduran Tiara Jacquelina sebagai peran utama dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) 10 tahun lalu, ramai peminat teater gusar tentang hayat naskah terbaik itu. Adakah ia akan berakhir di situ ataupun siapakah yang layak memegang watak utama teater berkenaan jika ia dipentaskan lagi? Kini impian kembalinya naskah terbabit sudah ditunaikan, tetapi teka-teki siapakah Puteri Gunung Ledang baru yang boleh memintas atau berdiri sama aras dengan Puan Seri Tiara Jacquelina masih tertanya-tanya. Bunyinya sungguh menggerunkan bagi bakal puteri. Namun, saya bukanlah ingin membanding-beza tapi sekadar suka-suka sempena menghangatkan lagi teka-teki siapakah bakal memegang peran sebagai Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah era 2020 nanti.
Berikut Adalah 11 Puteri Gunung Ledang Pilihan STAIL Berdasarkan bakat dan kami yakin dia mampu membawa watak ini dengan baik;
1. Anggun Cipta Sasmi
Tidak pernah melihat dia berlakon, tapi saya pasti dia adalah puteri sempurna memegangkan watak besar ini. Lihat saja bagaimana dia bereaksi ketika memberi komentar ketika penjurian. Adakalanya membuatkannya tersentuh. Mainan emosi tidak perlu disoal lagi. Hal lain dalam watak besar ini adalah menyanyi dan menari. Tentu saja ada beratus-ratus kali latihan yang boleh menggilap aturan langkahnya dan saya pasti dia tidak kekok menari Jawa kerana darah yang mengalir dalam dirinya pasti sebati dengan tarian itu. Namun, mungkin masa dan lokasi membataskan Anggun untuk berantisipasi dalam panggung kali ini.
2. Dian Sastrowardoyo
Bukan asing bagi kalangan peminat filem tempatan. Dian dikenali dengan pemeran filem cinta, namun tahun lalu dia buktikan bahawa watak itu tidak hanya terkekang dalam dirinya. Dian membuktikan dalam filem aksi Netflix ‘The Night Comes for Us’. Ada satu saja kemusykilan, adakah suaranya enak didengar mendendangkan runut bunyi PGLTM?
3. Tya Arifin
Pernah sekali melihat Tya menanyi di Panggung Sari Istana Budaya di persembahan The Story. Sosok yang ditampilkan cukup indah dengan suara yang boleh dikatakan boleh menyanyi jika diasah lagi kotak suaranya. Terlihat juga penampilan Tya ketika membuat latihan untuk PGLTM2020 di Instagram rasmi @enfinitimy. Adakah dia puteri yang dicari? Tak sabar rasanya melihat Tya berlakon selepas teater Bawang Putih Bawang Merah pada 2015.
4. Ruzana Ibrahim
Bagi peminat teater dan drama tempatan, nama Ruzana Ibrahim cukup dikenali. Lagi-lagi drama terbitan Datuk Rosyam Noor. Ruzana juga pernah membintangi P.Ramlee The Musical sebagai tiga gadis ronggeng. Kami, pernah bekerjasama dalam penggambaran fesyen, ternyata dia mampu memberikan apa sahaja yang diarahkan fotografer untuk menghidupkan emosi dalam gambar. We love her!
5. Nabila Huda
Penggengam banyak trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik ini tidak perlu disangkal lagi lakonannya. Bak kata Erra Fazira, Nabila (Abil) tidak perlu banyak masa untuk study sesuatu watak, dia gifted dengan bakat lakonan yang boleh disampaikan dengan baik begitu saja. Tahun lalu, Abil muncul dalam restaging Ola Bola The Musical, dengan lenggok tubuh bersahaja sekaligus berjaya mencuit hati penonton. Untuk PGLTM, Abil hanya menggilap bakat nanyiannya sahaja.
6. Izara Aishah
Pernahkan menonton Izara menari ‘Chicago’ untuk penilaian programnya di ASWARA ketika dahulu? Atau mungkin kelincahan Izara pada petunjukan fesyen Rizalman Ibrahim yang bertemakan Bollywood tahun lalu. Sudah terjamin dia pakar di bahagian tari menari dan berlakon. Tapi adakah Izara punya tenaga yang kuat untuk menyanyi secara langsung? Membuatkan dia di tangga ke enam dalam senarai ini.
7. Kila Fairy
Kita yakin dia mampu membuat kejutan, apatah lagi dia punya suara, pandai berlakon dan rupawan. Cuma Kila harus mencari lagi di manakah ruang yang boleh melambungkan namanya setara artis berbakat lain. Boleh juga jika meletaknya untuk watak understudy untuk persembahan tambahan atau matinee contonya.
8. Nadia Brian
Pemegang Diploma Filem Teater & Animasi dari UiTM ini sudah lali dengan permainan pentas. Kini, Nadia giat ke arena mainstream dengan berlakon drama-drama di kebanyakan saluran televisyen. Dia berkemampuan menanyi, menari seperti dalam teater Mok Cun Diwale dan Bawang Putih Bawang Merah.
9. Azira Shafinaz
Cukup pakej sebagai watak utama PGL. Dia boleh jadi agresif, lemah lembut dan garang dalam seni pembaikan karekter. Walaupun dia membawa genre R&B dan DJ dalam setiap muziknya, Azira diyakini mampu melenggok Melayu dan Jawa. Cuma mungkin PGL bakal menguji lontaran vokal yang lebih melantun untuk watak besar itu.
10. Hannah Delisha
Mungkin terlalu muda untuk berada dalam senarai ini. Hannah mendapat undian daripada rakan sekerja saya kerana kebolehannya menyanyi dan berlakon. Di persada seni tempatan, namanya terkenal sebagai pelakon drama, tapi siapa sangka Hannah Delisha pernah berlakon teater berjudul ‘Titaditu’ di Singapura pada 2017. Kami mahu lihat Hannah bergiat di pentas teater lebih kerap untuk mengeksplorasi bakatnya.
11. Titi Kamal
Teman baik kepada Cinta dalam filem Ada Apa Dengan Cinta muncul dalam fikiran saya. Titi Kamal cukup tenang dalam setiap wataknya. Gaya bahasanya bertutur juga membuatkannya enak didengar. Namun, disebalik ketenangannya, ada sisi gagah yang dipendam. Seperti PGL, insan cukup teguh memperjuangkan cintanya, diluarnya dialah adinda yang dianggap masih seperti anak kecil.
Apa pandangan anda?