Posted on February 18, 2020
Sepuluh tahun lalu, saya dan rakan karib yang tinggal berdekatan rumah membeli air tin di kedai runcit berharga RM1.50. Kami berdua pelajar, masing-masing mempunyai hutang pinjaman belajar. Kedua-dua kami prihatin antara satu sama lain hinggakan makan nasi bujang pun bersama. Baca lanjut mengenai adakah wang merosakkan hubungan antara kawan?
Hari ini dia sudah memiliki segalanya, rumah, kereta, kerja empat hari seminggu dan mempunyai pasangan yang turut mempunyai pekerjaan yang bagus gajinya. Manakala, saya bergaji rendah sehinggakan tidak dibolehkan lagi untuk membayar cukai. Bayangkan! Perubahan dalam bentuk material tidak mempunyai kesan dalam hubungan persahabatan kami. Malah saya dengan senang hati akan mendermakan buah pinggang, paru-paru atau kasut kegemaran saya jika sahabat saya memintanya.
“Pendapatan atau kekayaan seseorang, sedikit akan menjejaskan hubungan antara teman walaupun ia sukar untuk diakui tetapi, secalit rasa hati pasti ada tersimpan cemburu.”
Tetapi saya tertanya-tanya, jika kita baru berkenalan hari ini adakah situasi akan menjadi lebih mudah? Adakah saya malu untuk menjemputnya ke rumah sewa saya yang kecil dengan perabot yang dibeli di jualan amal dan makan beralas pinggan mangkuk percuma daripada ubat gigi? Adakah saya malu untuk mengajaknya ke restoran Cef Wan untuk makan malam?
Di usia lewat 20-an dan awal 30-an, manusia mula memperolehi sejumlah wang yang berbeza. Kadang-kadang itu adalah pilihan, kadang-kadang ia adalah produk diskriminasi sistematik seperti perbezaan jantina, kelas, bangsa, kecacatan, tempat tinggal, akses pendidikan, keistimewaan yang diwarisi dan lain-lain lagi. Pendapatan atau kekayaan boleh menerbitkan konflik dalam hubungan.
Tetapi, sebab itulah takdir telah menentukannya. Kamu tidak mampu untuk melakukan rutin yang sama, kamu mungkin akan merasa dihakimi oleh pilihan orang lain dan perkembangan kerjaya, kamu mungkin merasa tidak selesa di rumah mereka atau janggal. Kamu mungkin tidak suka bercakap tentang wang, kerja, perumahan, percutian, membeli-belah. Sebab itu Tuhan menjadikan kita dengan sifat yang pelbagai.
“Bercakap tentang wang ia adalah sebahagian daripada sifat menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan kamu. Kamu perlu mencabar diri kamu untuk kuat dan terdedah dengan orang sebegini. Jika kamu mahu persahabatan yang lebih mendalam.”
Jadi, bagaimanakah kamu mahu memperbaiki hubungan yang mungkin menjadi tegang, kerana wang atau kebendaan? “Pertama, saya katakan, cuba jangan membuat andaian mengenai berapa banyak kawan kamu perolehi. Kamu tidak tahu apakah masalah yang perlu mereka hadapi seperti hutang, keutamaan lain, kebergantungan boleh menjejaskan mereka.
“Kadang kala kewangan boleh menjadi masalah emosi, kamu sepatutnya berbincang dengan rakan-rakan mengenainya dan bagi mereka mendengar permasalahan kamu. Mengambil risiko itu sebenarnya boleh mengukuhkan lagi persahabatan.”
Wang tidak bernilai. Pendapatan tidak ternilai. Untuk mempunyai kawan dalam lingkungan ekonomi atau pendapatan yang setaraf dengan kamu akan menjadikan kehidupan kamu lebih sempit dan, saya berani mengatakannya, lebih miskin. Tetapi untuk bersaing dengan orang-orang yang merentasi pelbagai bidang pendapatan, kelas, warisan dan kekayaan kita perlu bercakap secara lebih terbuka, jujur dan sering mengenai wang, pendapatan dan berkongsi bagaimana mahu mendapatkannya. Rakan-rakan yang baik akan mendengar, faham dan jika mereka tidak? Nah, mungkin mereka bukan jenis orang yang kamu mahu ada dalam hidup kamu juga.
Apa pandangan anda?