Meninggalkan dunia korporat, Hazwan Yazit memulakan perniagaan membakar brownies. Mulai awal tahun ini daripada idea The Accidental Bakers, dia bersama rakan niaganya mengilhamkan Brownies Bar di Pavilion Elite.
Siswa dan peragawan separuh masa yang juga anak lelaki sulung Datuk Bernard Chandran, Terimunite Chandran berkongsi visinya dalam dunia perniagaan dan stail tanah air.
Julie Anne baru berusia 25 tetapi sudah bergelar usahanita melancarkan jenama sepatu sendiri, KULET. Dia merasakan tetap pendirian dan disiplin adalah elemen penting dalam menjadi usahanita berjaya.