Saya selalu tertanya-tanya apakah industri haruman dan minyak wangi (yang dianggarkan bernilai berbilion-bilion setahun) sengaja membelakangi saya? Membuat saya (atau kamu semua) membeli berbotol-botol minyak wangi dalam masa setahun. Alasannya? Mengapa minyak wangi kita tidak tahan lebih lama? Apakah caranya agar minyak wangi tahan lama? Kiranya, saya masih lagi belum menemui sebotol minyak wangi yang betul-betul tahan lama. Yang sesuai…
Kepada laki-laki Malaysia, apa selera gaya kamu? Sartorial? High and low? High street? Amat penting untuk kamu tahu dan memutuskan apa identiti gaya kamu. Apatah lagi minggu fesyen Kuala Lumpur atau #KLFW yang mendatang minggu ini – hari atau waktu yang membuktikan kesungguhan juga kegigihan kamu mengitari perkarangan Pavilion Kuala Lumpur, semata-mata mahu diperhatikan dan diambil gambar pada lensa kamera…
Bagaimanakah agaknya rupa kasut lelaki pada abad ke 21? Barangkali kasutnya tak lagi meresap segregasi. Tiada istilah ‘kasut untuk gaya kasual harian’ dan ‘kasut untuk gaya formal’. Dibaluti lagi citra teknologi tinggi dengan seni kraf dan yang paling penting adalah keselesaan optimum juga menitipkan kuasa saat ia dipakai. Segala apa yang termuat di dalam konsep kasut sebegini ditampilkan oleh Paul…
Sebaik Kim Jones mengeluarkan beg Dior Saddle untuk lelaki, yang terbentang pada mulanya dalam otak benak kami, adalah antara jaya atau hampa. Namun, berputar fikiran kami setelah melihat beg Saddle untuk lelaki ini beroleh sambutan hangat. Membuktikan tiada apa yang mustahil bagi Kim. Andai kata dia mahu melepaskan beg Lady Dior untuk lelaki, entah-entah ia merangkul kemenangan. Kali ini, untuk…
Petang dan malam di Louis Vuitton juga Givenchy sewaktu berlangsungnya minggu fesyen lelaki musim bunga panas 2020 bagai berkongsi dialog antara satu sama lain. Walau di dua lokasi yang berbeza – satu di perut jalanan Place Dauphine, Paris dan satu lagi di Villa Palmieri, Florence – kedua-duanya seakan-akan menaruh fikiran yang sama. Membayangkan seraut wajah keras lelaki, dengan sosoknya menikmati…
‘Merajai’ dasar yang berkeluasan 38,000 meter persegi di aras satu Suria KLCC, cukup serba-serbi dengan segala kemahuan laki-laki yang mementingkan kelas gaya distingtif dan si fashion-savvy. Terhidang butik-butik ternama seperti Coach Men, Hugo Boss, Brooks Brothers, Michael Kors, Boggi Milano, Fendi Men, Dior Men dan banyak lagi – di mana semua butik ini khas untuk lelaki. Tidak menyempadani pilihan, butik-butik…