#RekomenFilem AJ and The Queen – Satira Mak Nyah Yang Lucu, Emosi & Menyentuh Sanubari

AJ And The Queen – Rupaul kembali dengan drama bersiri Netflix yang fabulous!

#RekomenFilem AJ and The Queen - Satira Drag Queen Yang Lucu, Emosi & Menyentuh Sanubari

Ucapkan terima kasih kepada Netflix, sekarang kamu mempunyai lebih banyak pilihan tontonan filem atau drama, langsung dari Hollywood, terus ke kaca televisyen atau skrin komputer riba kamu. Menambah koleksi untuk 2020 ini ialah drama terbitan asli terbaru Netflix bertajuk AJ and The Queen.

Dibintangi oleh the one and only, RuPaul Charles , ‘AJ and The Queen’ menyoroti pengembaraan seorang drag queen bernama Ruby Red (dimainkan oleh RuPaul) dengan seorang budak perempuan berusia 10 tahun bernama Amber Jasmine atau AJ (dimainkan oleh Izzy G). Persahabatan tak terduga terjalin antara mereka berdua semasa AJ menyelusupi van RV milik Ruby yang sedang dalam perjalanan mengelilingi USA untuk melakukan jerayawara drag-nya.

#RekomenFilem AJ and The Queen - Satira Drag Queen Yang Lucu, Emosi & Menyentuh Sanubari

Sementara ‘AJ and The Queen’ bukanlah berdasarkan kisah benar, namun ia masih mengambil inspirasi daripada budaya pop & pengaruh drag sebenar di Amerika Syarikat.

#RekomenFilem AJ and The Queen - Satira Drag Queen Yang Lucu, Emosi & Menyentuh Sanubari

Di satu temuramah bersama Variety, RuPaul dan pengarah-bersama, Michael Patrick King (Sex and The City) berkata, mereka berdua sangat meminati ‘Sullivan Travel’ (1941). ‘AJ and The Queen’ turut mengembara untuk mengenali dunia seperti filem klasik itu.

‘AJ and The Queen’ is spectacle in the best way. Drama ini sangat menarik untuk ditonton dengan cara tersendiri. Dan busana-busana yang dikenakan mereka di dalam drama ini mungkin kelihatan extra dan glam, tetapi menurut King, dia dan RuPaul bekerja keras bagi memastikan tema yang berat itu, berjalan selari dan seimbang dengan kemilau cahaya dan pertunjukan yang bakal dipersembahkan.

“Ketika kamu sudah sampai ke episod yang terakhir, kamu akan melihat adegan paling emosional – menerusi drag. Saya kira rohnya lebih besar daripada sebarang solekan,” ujar King kepada Variety.

#RekomenFilem AJ and The Queen - Satira Drag Queen Yang Lucu, Emosi & Menyentuh Sanubari

‘AJ and The Queen’ turut memaparkan lebih dua dozen bekas peserta ‘Rupaul’s Drag Race’. Mereka membuat penampilan sekilas dan kameo untuk mengubati kerinduan peminat-peminat Drag Race yang sedang penasaran dan kelelahan menunggu musim yang baru. Jika kamu mengikuti pertandingan drag terbesar dunia ini, kamu akan mengerti maksud saya. Peminat tahu benar, Rupaul suka untuk menyelitkan ‘keluarga’ besarnya itu dalam apa jua perkara yang dia lakukan.

Dalam satu temuramah bersama Vanity Fair, RuPaul menegaskan walaupun pemeran utama filem ini adalah gadis kulit putih berusia 13 tahun, ‘AJ and The Queen’ bukan filem kanak-kanak. Ia filem dewasa dengan konsep komedi gelap. Rupaul berkata dia mahu mencabar dirinya membangkitkan sesuatu isu yang lebih berat. Isu seperti isu sosial remaja, gelandangan, jenayah juvenil, love scams, penipuan kad kredit, penyalahgunaan dadah dan pelacuran yang sering dipandang sebelah mata di Amerika Syarikat.

“Ia sesuatu yang ingin saya jelajahi. Untuk membuktikan pada diri sendiri, saya masih ‘bernyawa’ dan tidak mati di dalam,” ujarnya kepada Vanity Fair.

“Saya mahu membuktikan pada diri saya sendiri yang saya mampu ‘menghidupkan’ emosi itu. Ia memabukkan,” bingkasnya.

AJ and The Queen Poster

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#STAILTIPS Punca & Cara Atasi Masalah Kulit Tangan Kering
#RekomenFilem AJ and The Queen – Satira Mak Nyah Yang Lucu, Emosi & Menyentuh Sanubari