#Gosip Kenapa Emma Watson Masih Single Di Usia 30 Tahun?

Ini Sebab Mengapa Emma Watson Masih Single dan Gembira

Emma Watson akan mencapai usia genap 30 tahun pada 30 April 2020, tahun hadapan dan bekas bintang filem Harry Potter ini semakin hari semakin diasak soalan panas tentang kisah cinta dan perhubungannya oleh media Hollywood dan British. Mengapa dan kenapa dia masih belum berpunya?

Wah, boleh tahan juga ya media barat. Sama sahaja seperti media kita (ketawa). Mengejar gosip dan berita ‘bila nak kahwin?’ tak berhenti sudah. Namun saya faham, menjadi selebriti, lagi pula artis papan atas Hollywood seperti dia, soalan seperti ini memang sudah menjadi asam garam yang perlu ditelan.

Dalam satu wawancara bersama Vogue British, Emma berbicara tentang bagaimana dia belajar erti bahagia dengan menjadi bujang – atau yang dipanggil dia sebagai ‘self-partnered’ – dalam membongkar perkara-perkara yang perlu dihadapi wanita menjelang usia 30 tahun.

Pada mulanya, tidak sesekali terlintas di fikiran Emma yang dia akan tertekan untuk memasuki usia 30 tahun. Semasa dia menyambut harijadi ke-29 lalu, Emma terfikir, “Mengapa semua orang beranggapan ia satu kerumitan yang besar untuk seorang wanita dewasa beralih ke usia 30 tahun? Ia bukan masalah besar…” katanya.

“Jika kamu tidak memiliki rumah idaman. Jika kamu tidak berkahwin, tidak mempunyai suami. Lagi pula jika kamu tidak memiliki bayi sendiri dan usia kamu sudah beranjak ke 30 tahun. Isunya, kamu tidak selamat. Kamu tidak berada di landasan kehidupan yang betul. Atau kamu masih mencari-cari… ia hanya akan membuatkan kamu resah dan gelisah,” jelas Emma lagi.

Ia mengambil masa yang agak lama untuk Emma menyedari, yang dia tidak perlukan semua persoalan itu untuk menjadi gembira.

 I’m very happy being single. I Call It Being Self-Partnered” – Emma Watson

Jadi terima kasih Emma Watson kerana sudah menjawab persoalan yang selalu ‘menghentam’ si polan-polan bujang yang sedang dalam situasi yang sama. Jadi kamu sudah boleh menjawab pertanyaan ‘bila nak kahwin?’ dari keluarga atau sanak saudara: “I’m not single, I’M SELF-PARTNERED MOM!.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Rawatan Emsculpt : Buat Perut Saya Kini Ada Abs
#Gosip Kenapa Emma Watson Masih Single Di Usia 30 Tahun?