Yummy! Tonton Dokumentari Justin Bieber Yang Hot & Spicy Ini

2020 adalah tahun yang menarik untuk Justin Bieber. Baru sahaja melepaskan muzik terbaru bertajuk Yummy sempena tahun baru, penyanyi lelaki berusia 25 tahun yang mempunyai 124 juta pengikut di Instagram ini melancarkan pula satu dokumentari khas di Youtube bertajuk, Justin Bieber: Seasons.

Yummy Justin Bieber Seasons

Dokumentari ini akan memaparkan tentang kesusahan dan pergelutan muzik Justin di fasa usia dewasanya serta menyelitkan tentang cerita perkahwinan dia bersama isteri, Hailey Rhode Bieber secara eksklusif dan terperinci. ‘Seasons’ akan ditayangkan pada Isnin, tanggal 27 Januari 2020,  jam 12 malam (waktu Hollywood) dengan episod baru dijadualkan setiap Isnin dan Rabu setiap minggu selepasnya.

“Untuk pertama kalinya, superstar terbesar di dunia, Justin Bieber kembali menarik tirai dan memberi peminat melihat ‘keintiman’ beberapa tahun kebelakangan dalam kehidupannya,” keterangan video berbunyi.

Tambahnya lagi, “Dari momen kegembiraan di hari perkahwinan hinggalah kesukaran di hari perjuangan (muzik), Justin membuka diri untuk mendedahkan cabaran terbesar ketika dia kembali ke studio, merakamkan album pertamanya sejak 2015.”

Projek siri dokumentari ini sememangnya adalah momen sepenuh masa yang terpenting bagi Bieber dan sekalian Believers. ‘Seasons’ mempersembahkan secebis perjalanan karier dan kehidupan dewasanya, hanya di Youtube Originals. We can’t wait to tune into the series!

Sementara menunggu 27 Januari, layan dulu lagu barunya, Yummy di bawah:

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Aliah Iskandar
Yummy! Tonton Dokumentari Justin Bieber Yang Hot & Spicy Ini