Posted on March 23, 2021
Pemberatan gaya membelit selendang boa berbulu atau feather boa pada leher, tidak acuh cakap orang, membuktikan kematangan Harry Styles minggu lalu di anugerah Grammys ke-63 minggu lepas. Biarpun perkara ini dah berlalu, namun kami ‘saja-saja’ nak bercakap lagi tentang gaya Styles dan selendang boa berbulu-nya. Secara spesifiknya, tentang lelaki dan feather boas.
Bukan niat kami nak kata orang-orang lain tidak celik fesyen. Bukan. Cuma mahu menyedarkan orang bahawa pada ketika yang lain fikir Styles dengan sampur boa-nya adalah satu revolusi fesyen lelaki, sebenarnya sudah ada lelaki-lelaki (yang sebelumnya) menggayakan selendang boa berbulu. Styles hanyalah menyambung ritma gaya tersebut, apalagi peranannya sebagai ikon fesyen generasi masa kini.
Malah, mereka yang menghingarkan perkara seperti “Oh, he’s not the first. David Bowie did it first,” pun haruslah terima hakikat yang Styles adalah ikon fesyen semasa. Nak dilagakan dengan mendiang Bowie, buat apa – mendiang Bowie adalah ikon fesyen 80an, manakala Styles adalah yang sekarang. Jadi, penting untuk Styles memartabatkan atau tidak menunda fesyen-fesyen anti-maskulin, kerana bukan sahaja itu adalah imejnya. Bahkan juga, jika Styles tidak meneruskan ia… siapa lagi?
Jadi peringatan kami ini juga umpama sekadar ‘menjamah’ sahaja, yang serasa mesra. Tidak berhasrat untuk bersikap keras mengenainya.
Mungkin ada generasi sekarang atau anak-anak muda yang tidak tahu tentang gaya lelaki dan selendang boa berbulu. Sepertikan belantara yang tidak terempuh, mungkin pengetahuan mereka tentang fesyen lelaki yang anti-maskulin, memakai selendang boa berbulu itu separuh lengkap. Kepada anak-anak muda, sebenarnya, mengaramkan kemaskulinan dan menghidupkan modern attitude terhadap identiti maskulin ini sudah lama dibangunkan. Ada yang bilang fesyen lelaki yang berpapasan arus ini mula berkembang rancak pada era 70an. Namun ada juga yang kata sebelum era 70an lagi konsep fesyen yang mengelirukan seksualiti ini wujud sebelum era 70an lagi.
Walau apapun, esksistensi fesyen lelaki yang ghairah mencabar kelelakian itu sudah lama ada. Periodt.
Atribut gaya seorang lelaki yang mencabar kemaskulinan, selalu diasosiasikan dengan kepondanan – di kalangan mereka yang masih berotak tradisional. Namun, atribut seorang penantang kemaskulinan sebenarnya melambangkan lelaki yang tidak ragu-ragu dengan seksualitinya. Sama ada dia heteroseksual atau homoseksual dan dia pasti benar dengan seksualitinya. Keyakinan diri yang terbina membuatkan mereka mencipta fashion statements. Berani candang untuk tidak menurut aturan dan kelaziman masyarakat.
Muncullah gaya funky pada era 70an, fesyen lelaki yang campy, gaya-gaya yang berteraskan dekoratif atau decadence dan lebih dahsyat daripada fesyen-fesyen perempuan. Malah Giorgio Armani pun – yang orang selalu fikir Armani mendefinisikan lelaki maskulin sejati – mahu menghimpit seberkas sangkaan orang tentang bagaimana lelaki sepatutnya berpakaian. Betul, Armani mereka pakaian lelaki yang dikatakan body-conscious tetapi dia tidak mahu ia kelihatan terlalu mengekang. Tidak terlalu asertif.
Begitu juga dengan fesyen lelaki yang berteraskan dekoratif dan decadence, yang dilihat rancak pada era 70an. Membancuhkan sekali fesyen kewanitaan dan kelelakian, mereka mahu mengabui kejantinaan. Seperti apa yang ditulis oleh Colin McDowell dalam bab ‘Sexing Identity’, “provide an extra frisson of shock when worn by muscular archetypes of masculinity.”
Sekali lagi, benar, Styles yang taasub bergaya kewanitaan dengan selendang boa berbulu-nya bukanlah perkara yang sangat baharu pun. Bila menyentuh bab selendang boa berbulu, jika diikutkan, sebelum Styles, Lenny Kravitz pun dah melilit item yang sama untuk kulit album ‘Mama Said’ pada tahun 1991. Lelaki-lelaki lain seperti Jimi Hendrix dan penyanyi Prince pun sudah. Ahli gusti seperti Hulk Hogan pun menggayakan selendang boa berbulu sebagai imejnya. Jadi, tidaklah begitu memeranjatkan melihat Styles membelit selendang boa berbulu di Grammys minggu lepas. Cuma kami mengharapkan selepas ini akan lebih ramai lagi lelaki – baik selebriti mahupun sesiapa pun – agar berani bergaya seperti Styles dan ‘sekutunya’. It is 2021, it’s about time!
Penyanyi Prince melilit sampur boa ketika persembahannya
Kulit album ‘Mama Said’ (1991) Lenny Kravitz memakai sampur boa
David Bowie
Jimi Hendrix
Apa pandangan anda?