Vishal Bhaskaran

VishalBhaskaran2_stailMY

Gambar: Chee Wei/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che Grooming: Emmy Agung Pakaian: COS Sitting editor: Azreezal Hafidz

VISHAL BHASKARAN, 26 – PENULIS 

1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?

Saya penulis kanan majalah RobbReport Malaysia. Ia majalah gaya hidup mewah. Penulisan saya meliputi segalanya tentang automotif dan jam tangan. Punya minat mendalam dalam dua lapangan ini.

Memandu uji kereta keluaran terbaru, menghadiri pelancaran auto/jam dan juga menulis reviu jentera serta artikel-artikel berkaitan gaya hidup perdana. I enjoy cars and watches as a lifestyle.

2 – Kenapa kamu ingin menjadi seorang penulis?

Secara tidak sengaja. Sebenarnya memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan tidak pernah menyangka yang saya bakal jadi penulis.

Sejurus graduasi, hanya mencuba-cuba menulis secara bebas (freelance). Dari sebulan, makan dua bulan dan seterusnya hilang kira bulan. Menulis pula tentang sesuatu yang amat saya minati iaitu tentang jam dan automotive industry. Saya menulis tentang minat. Daripada minat, saya putuskan untuk meneruskan secara profesional.

3 – Apakah yang mempengaruhi gaya penulisan kamu?

“HOW WOULD IT AFFECT YOU? SHOULD YOU CHOOSE TO BUY IT FOR YOUSELF?”

Nah, ketika menulis perkara ini lah yang mempengaruhi stail dan gaya penulisan saya. Maksudnya, ketika saya menulis, saya bertanya sendiri, “Apakah diri saya sendiri yakin untuk membeli setelah membaca penulisan itu?”

4 – Bagaimana pula kamu menterjemahkannya menjadi sebuah penulisan?

Dari hanya menulis sudut teknikal, lebih baik saya menulis tentang JIWA sesebuah kenderaan. Saya akui terkala harus menulis perkara-perkara asas itu supaya pembaca senang fahami. Cuma saya akan cuba sehabis baik bagi menyampaikan PERASAAN jentera itu kepada kamu.

5 – Namakan sebuah buku yang benar-benar membuka pandangan kamu terhadap kehidupan?

“Tuesdays With Morrie” nukilan Mitch Albom.

Buku ini mengajar erti semangat persaudaraan. Tentang muka surat terpenting dalam kehidupan kita iaitu keterhubungan antara manusia dengan orang-orang sekitarnya.

Ia sangat mengesankan sehingga membuat saya bertanya pada diri sendiri, “Apakah sudah cukup kebaikan yang saya sumbangkan buat orang-orang di sekitar? Bakti buat keluarga dan sahabat?”

6 – Namakan penulisan yang kamu pernah baca, yang kamu rasa boleh memberi manfaat kepada masyarakat?

Bukan hanya satu atau dua. SEMUA JENIS PENULISAN. Hatta buku, majalah, akhbar malah tulisan atas talian (online), SEMUA MEMBERI MANFAAT. Kamu boleh pelajari banyak perkara daripada pelbagai sumber penulisan.

MEMBACA ITU MANFAAT.

7 – Apakah pemikiran seorang penulis itu mempengaruhi gaya penulisannya? Jika ya, apa? Jika tidak, kenapa?

Lain padang, lain belalang. Setiap orang membesar dengan cara didikan dan asuhan berbeza-beza. Apa sahaja pengalaman dan suasana membesar yang ditempuhi kamu, semua itu adalah faktor penentu kepada pandangan kamu tentang kehidupan. Tentu sahaja, tiap orang punya perspektif yang berlainan.

Katakan saya membaca penulisan kamu, saya tidak boleh berkata tulisan kamu itu salah. Penulisan kamu lahir daripada perspektif kamu. Setiap orang punya gaya tersendiri, yang dibentuk melalui perspektif kendiri, lalu disulam sempurna menjadi penulisan. That is the beauty of writing.

8 – Pada zaman serba digital ini, adakah media cetak masih mampu bertahan? Berikan pendapat kamu.

Tak dapat dinafikan banyak rumah penerbitan buku dan majalah yang gulung tikar, dewasa ini. Pembaca-pembaca mula beralih ke arah tulisan atas talian. Hanya di hujung jari. Ia lebih cepat, pantas, murah dan senang dibawa ke sana ke mari.

Pendapat saya, jika sesebuah penerbitan itu mahu terus bertahan, ia perlu berubah daripada sudut penulisan yang panjang berjela kepada penulisan yang lebih padat dan ringkas. Ditambah pula dengan gambar yang cantik serta seni yang mendalam.

9 – Sebuah buku/majalah yang baik haruslah…

Fokus pada susun atur (layout). Beri mereka informasi secukupnya dan lepaskan mereka dengan visual yang mempersona. Biar mereka hargai dan kumpul menjadi koleksi. Yang mereka rasakan bersatu dalam hati. Tinta tulisan yang mampu menyentuh sanubari.

10 – Menulis memberi kamu suatu?

HUBUNGAN SESAMA MANUSIA.

VishalBhaskaran3_stailMY

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Raja Nadia Sabrina
Vishal Bhaskaran