Germaine Teh

Pakaian: Uniqlo Musim Bunga/Panas 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris

Germaine Teh, 28 – Jurulatih/atlet Luncur Ais

1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?

Atlet merangkap jurulatih sukan luncur ais. Saya menceburi bidang ini secara profesional sejak berusia 17 tahun. Baru-baru ini saya mula berjinak dalam bidang peragaan, suatu profesi impian yang saya ingin cuba sedari kecil.

2 – Bagaimana kamu mula terjebak dalam sukan luncur ais?

Pertama kali ketika berusia 14 tahun, saya cuba bermain luncur ais bersama rakan-rakan di sebuah pusat membeli-belah terkenal di Subang Jaya. Dari situ, saya mula menyukai sukan ini.

3 – Apakah keadaan fikiran (state of mind) semasa kamu melewati gelanggang ais? Takut? Gementar? Teruja? Gembira?

Sejujurnya, saya tidak pernah merasa gugup atau gementar sepanjang meluncur ais. Saya cinta sukan ini. Saya mampu menari dan luahkan ekpresi kendiri semasa sedang asyik dan bebas meluncur di atas ais.

4 – Sukan ini boleh dikategori sebagai bukan sukan tempatan, bagaimana kamu boleh meminati sukan yang jarang sekali dimainkan di Malaysia ini?

Mungkin kerana pusat membeli-belah itu berhampiran rumah saya dan saya selalu meluangkan masa senggang bersama keluarga dan rakan-rakan di gelanggang ais di situ. Pertama kali mencuba luncur ais, saya sudah jatuh cinta dengan sukan ini dan saya kerap berkunjung kembali, lagi dan lagi (ketawa).

5 – Oh kamu juga seorang tenaga pengajar, kongsikan visi kamu?

Saya mahu menggapai impian, memperhalusi seni dan menurunkan kemahiran saya itu tadi kepada generasi muda. Saya mahu mereka mengejar mimpi mereka, sebagaimana saya mampu merubah raga dari sang gadis biasa yang hanya mencuba sukan meluncur ais ini sebagai hobi kepada atlet profesional.

Sukan ini sangat unik. Ia sarat seni dan tidak seperti sukan-sukan konvensional yang lain. Saya mahu mereka meluncur sepenuh hati. I really love this sport and I want them to love as much as I do.

 6 – Pencapaian terbesar sepanjang bergelar atlet dan jurulatih sukan luncur ais?

Saya dapat bertanding di banyak kejohanan dalam dan luar negara. Ia sangat mengujakan. Saya dapat belajar dari semua yang terlibat. Saya dapat membina keyakinan diri melalui sukan meluncur ais ini.

7 – Kamu juga seorang peragawan bebas, kempen yang pernah kamu peragakan?

MAC Cosmetic. Saya terpilih memperagakan solekan keluaran mereka yang bertemakan ais. Ia pengalaman peragaan pertama saya.

Germaine Teh8 – Pengalaman manis sepanjang menceburi bidang luncur ais ini?

Saya terpilih menjadi jurulatih selebriti untuk Asia’s Next Top Model Cycle 6, tahun lalu (senyum).

9 –  Pandangan kamu tentang sukan luncur ais di Malaysia? Apakah boleh bertahan?

Sukan luncur ais semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Jika sebelum ini, kita hanya mempunyai satu gelanggang ais sahaja, sekarang Malaysia sudah memiliki lima gelanggang ais di seluruh negara. Ia rekod yang membanggakan untuk negara beriklim khatulistiwa seperti negara kita.

Dan sukan ini sedang berkembang. Saya lihat ramai generasi muda lebih terbuka untuk menerima sukan ini sebagai kokurikulum bebas mereka. Ditambah pula dengan karisma Julian Yee, atlet luncur ais pertama negara yang berjaya melayakkan Malaysia untuk bertanding di Olimpik Musim Dingin 2018 di Pyeong Chang, Korea Selatan.

10 – Sebagai wanita dan jurulatih, lontarkan sedikit nasihat untuk memupuk sifat percaya diri pada setiap gadis di luar sana.

I love this question.

Ramai memberitahu saya, terutama anak-anak didik saya yang mereka tidak mempunyai keyakinan diri yang secukupnya setiap kali mereka bertanding atau hanya sekadar melakukan rutin harian. Mereka mahu mencapai sesuatu, tetapi tidak tahu kenapa dan bagaimana memulakannya.

Saya selalu berpesan kepada diri saya, cara saya mendapat keyakinan adalah dengan cara melihat dan mengamati perlakuan ibu saya. Jadi sebagai jurulatih, saya terapkan cara tersebut. Jika saya mampu mengukir ais sambil menari, secara tak langsung mereka juga mampu menari. Berbekalkan jiwa dan keyakinan diri untuk mereka contohi.

Soalan Trivia Germaine Teh

InstaStory / Facebook Story
Hangat / Dingin
#TeamMahathir / #TeamAnwar
Syed Saddiq / Khairi Jamaluddin
Izzah Anwar / Hannah Yeoh
Popular / Wisdom
Introvert / Extrovert
Guys – Boxer / Brief
Hairy / Clean cut
YouTube
/ Netflix

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Danial Hansen
Germaine Teh