Melisha Lin

melisha lin

Sitting Editor: Ardi Idewani
Pakaian: UNIQLO
Gambar: Edmund Lee
Solekan: Emmy Agung
Rambut: Fendi Sani
Arahan Seni: Merrissa Emilda
Penata Gaya: Azreezal Hafidz & Ardi Idewani
Video: Jordi Harris, Ryan Mohamad & Ashura Hakim

MELISHA LIN – MODEL, EMSI

1. Siapakah di sebalik nama Melisha Lin dan apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Saya seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan komited untuk mencapainya. Saya seorang yang tidak mudah berputus asa . Saya seorang fighter yang percaya bahawa dengan kebolehan dan cara saya berhadapan dengan segala cabaran yang diberi mampu membawa diri ke arah kejayaan.

Selain itu, saya seorang pelajar sarjana muda dalam bidang pemasaran di kolej Segi Kuala Lumpur. Saya juga bekerja separuh masa sebagai peragawati dan hos untuk menampung segala yuran pembelajaran dan kos sara hidup. Selain itu, saya juga amat meminati bidang nyanyian dan melakukan kerja-kerja amal bersama pertubuhan kebajikan.

2. Apakah kelebihan menjadi seorang ratu cantik?
Dalam perspektif saya, kelebihan menjadi seorang ratu cantik adalah peluang untuk menunjukkan versi terbaik diri kamu sebagai wakil negara. Seorang yang mempunyai pendirian sendiri dan berani menyatakan pandangan mereka sebagai seorang wanita dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, bahkan aktiviti sosial untuk membantu orang lain yang memerlukan.

Seorang ratu cantik meletakkan kepentingan orang lain sebelum diri sendiri, dan mempunyai karisma bagi menarik perhatian orang ramai. Ratu cantik juga seharusnya menjadi jambatan dengan menggunakan suaranya untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. Dia juga harus disayangai dan disenangi oleh semua pihak.

3. Selain daripada peragawati dan ratu cantik, apakah bidang lain yang mahu diceburi? Mengapa?
Pada masa ini, saya ingin memberikan tumpuan saya dalam mengembangkan kerjaya peragawati terlebih dahulu. Mungkin dalam dua tahun lagi, saya akan menceburkan diri dalam bidang ratu cantik sekali lagi. Ini kerana saya percaya bahawa saya masih ada kualiti ratu yang belum ditunjukkan dan saya akan fokus memperbaiki segala aspek untuk memenangi gelaran yang seterusnya.

Selain itu, saya minat menyanyi dan bermain piano. Saya juga suka berada atas pentas dan menunjukkan bakat saya. Oleh itu, kalau diberikan peluang untuk meneroka bidang tersebut, saya akan cuba. Bidang lain yang ingin saya ceburi ialah pengacaraan. Ini kerana saya mahir dalam empat bahasa tempatan di Malaysia. Dan juga saya suka bercakap, kalau tak penat, memang tak boleh berhenti!

4. Pencapaian terbesar sepanjang hidup
Pertama, saya berjaya menghabiskan diploma dalam bidang pemasaran pada umur 20 tahun. Dalam proses tersebut, saya telah membiayai segala yuran kolej dan kos sara diri dengan bekerja separuh masa walaupun kadang-kala berasa ingin berputus asa. Tetapi saya cekalkan diri untuk terus berusaha.

Kedua, saya diberikan peluang untuk meneroka bidang peragawati dan pada masa yang singkat saya diberikan peluang untuk mewakili negara tercinta saya, Malaysia dalam dunia ratu cantik. Kedua-dua pencapaian ini amat penting sepanjang hidup saya.

5. Siapakah Melisha Lin 10 tahun ke hadapan?
Seorang wanita yang matang dan mempunyai kerjaya yang besar dalam bidang peragawati, nyanyian mahupun pengacaraan. Seorang yang mampu menyumbang kepada keluarga sendiri dan masyarakat.

Seorang yang masih berpegang teguh kepada prinsip dirinya, dan mempunyai dorongan untuk mencapai lebih dalam hidup. Mungkin seorang ibu! Who knows.

melisha lin

Pertama, saya berjaya menghabiskan diploma dalam bidang pemasaran pada umur 20 tahun. Dalam proses tersebut, saya telah membiayai segala yuran kolej dan kos sara diri dengan bekerja separuh masa walaupun kadang-kala berasa ingin berputus asa. Tetapi saya cekalkan diri untuk terus berusaha.

6. Apakah yang kamu mahu capai pada tahun 2020 ini?
Pada tahun ini, saya ingin menjadi versi terbaik saya sebagai seorang pelajar dan juga model. Saya ingin meneroka lebih dalam industri pemodelan, mencuba gaya yang berbeza dan keluar dari zon selesa saya.

Selain itu, saya akan memastikan keputusan peperiksaan saya menjadi lebih baik kerana sangat penting untuk saya cemerlang dalam pelbagai aspek dalam kehidupan. Tambahan pula, saya juga ingin meluangkan masa bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Sesuatu yang saya abaikan pada tahun-tahun sebelum ini.

7. Apakah keistimewaan kamu?
Saya seorang yang spontan. Saya boleh menyesuaikan diri dengan situasi yang pelbagai. Keupayaan saya untuk mengeluarkan idea ataupun cara menyelesaikan masalah dengan cepat adalah sesuatu yang kebanyakan orang kagumi tentang saya.

Selain itu, saya bekerja keras untuk mencapai segala impian saya. Kerana saya ingin berjaya dalam hidup dan saya berdedikasi untuk mencapainya. Walau susah bagaimana pun, saya akan terus mencuba.

8. Dunia semakin parah dengan pencemaran, apakah sumbangan kamu terhadap alam sekitar?
Saya telah melakukan perubahan kecil untuk menyumbang terhadap menyelamatkan alam sekitar. Contohnya, saya tidak lagi menggunakan straw plastik, dan menggantikannya dengan straw metal. Selain itu, saya akan go-vegan atau makan makanan vegetarian seminggu sekali untuk menyokong vegan yang berhenti makan daging untuk menyelamatkan haiwan.

Saya membawa beg shopping sendiri untuk membeli barangan harian di pasaraya untuk mengurangkan penggunaan beg plastik. Selain itu, saya juga memberi pakaian lama saya dan keluarga dengan kepada golongan yang memerlukan.

9. Bagaimana cara Melisha melepaskan tekanan?
Sebenarnya, saya bekerja dengan lebih baik di bawah tekanan. Ini kerana saya menikmati adrenalin yang datang bersama tekanan. Cara saya melepaskan tekanan adalah dengan berkongsi fikiran dan perasaan saya kepada keluarga dan kawan rapat. Tetapi selalunya, saya rasa ia menganggu orang lain. Jadi saya akan pendam dan pile it up. Sampai satu ketika yang saya rasa terlebih tertekan, saya akan breakdown dan menangis.

Dan itulah cara yang paling selesa bagi saya, sebab apabila saya menangis, saya rasa segala tekanan, emosi yang terperangkap dalam minda keluar. Selepas itu, saya akan rasa bebas tekanan. Selain itu, saya juga suka bersenam. Saya percaya dengan bersenam kita dapat melegakan emosi dan mengurangkan tekanan. Bersenam adalah cara terbaik melepaskan dan mengurangkan tekanan.

10. Advokasi Melisha ialah berkenaan kesihatan mental, apakah yang ingin diperjuangkan? Mengapa?
Perkara yang saya perjuangakan adalah untuk memecahkan stigma di sekeliling kesihatan mental dan membuat semua orang memahami bahawa kesihatan mental bukan sesuatu yang boleh diatasi tanpa ubat, terapi serta sokongan ibu bapa dan orang sekeliling.

Saya diberi peluang untuk menganjurkan seminar di sekolah-sekolah menengah untuk membincangkan cara untuk meningkatkan fokus dan melegakan tekanan. Dalam sesi seminar itu, saya akan bertanya khabar dan saling berkenalan bersama pelajar. Soalan yang kerap ditanya adalah adakah mereka berasa tertekan dan apa yang menimbulkan perasaan tersebut?

Jawapan yang selalu timbul adalah mereka berasa tertekan dengan jangkaan ibu bapa mereka. Mereka tidak cuba untuk memahami perasaan dan emosi anak-anak. Hal ini dapat mengurangkan kes bunuh diri yang sedang berlaku. Selain itu, saya juga sering berkongsi akan kepentingan kesihatan mental dengan orang ramai. Akhir sekali, saya ingin memberi penekanan kepada konsep memahami orang terlebih dahulu sebelum menghakimi.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
#RoyalGossip Putera Harry dan Meghan Markle ‘Dibuang’ Istana? Apa Status Mereka? Ini Kronologinya
Melisha Lin