3 Perkara Yang Membuatkan Hayat Bateri Telefon Kamu Lebih Tahan Lama

Paranoia dengan hayat bateri walaupun ia masih menunjukkan pada tahap 50 peratus atau jika memakai iPhone, bateri yang dicas berwarna kuning walaupun hampir penuh? Saya mempunyai masalah itu, dan merasakan jika bateri sudah separuh, ia akan mati dalam beberapa minit saja. Sebenarnya tidak, (kalau bateri kamu masih ‘sihat’) hanya perasaan cemas kamu yang mengatakan ia akan mati. Tapi banyak perkara boleh dielakkan untuk menjimatkan pembaziran bateri. Ikuti perkara-perkara ini yang membuatkan hayat bateri telefon kamu lebih tahan lama.

Hayat Beteri Telefon

1. Bagaimana Bateri Berfungsi?

Telefon Android dan iPhone mempunyai bateri lithium-ion, bateri boleh dicas semula dan paling ringan. Walau bagaimanapun, seperti semua bateri, hayat bateri secara semulajadi akan merosot apabila ia sudah lama. Bateri biasanya mempunyai sekitar 500 kitaran caj dalam jangka hayat mereka. Setiap kali kamu menggunakan 100 peratus bateri telefon kamu, itulah satu kitaran caj. Jadi, sebagai contoh, jika kamu membiarkan telefon dari 100% hingga 0%, itulah satu kitaran caj. Sekiranya kamu mengecas hampir setiap hari, prestasi bateri kamu akan menjadi lebih teruk, lebih-lebih lagi jika overcharge.

2. Berapa Kerap Kamu Perlu Cas?

Dengan itu, terdapat banyak mitos mengenai amalan pengecasan terbaik. Kamu mungkin pernah mendengar seseorang mengesyorkan membiarkan bateri anda “mati” (sampai dengan 0 peratus) atau jangan biarkan telefon anda dicas semalaman. Saya sarankan supaya bateri kamu konsisten diantara 40 dan 80 peratus. Cas sekejap-sekejap dan kerap akan memaksimumkan bilangan kitaran dari masa ke masa. Ya, kamu tidak boleh meninggalkan telefon kamu dicas setiap malam. Sebaliknya, kamu boleh cuba mengecasnya dalam satu atau dua jam sebelum tidur.

3. Zon Hijau

Elakkan didedahkan atau terkurung di bawah cuaca panas. Apple mengesyorkan untuk mengelakkan peranti kamu dalam suhu tinggi (lebih daripada 95 darjah) kerana itu boleh merosakkan bateri kamu. Selain, menukar tetapan di peranti seperti lokasi, mod kuasa rendah, kecerahan skrin direndahkan, volum diperlahankan dan kurangkan notifikasi yang tidak perlu.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Oscars 2020 : Detik Karpet Merah ‘Expect The Unexpected’!
3 Perkara Yang Membuatkan Hayat Bateri Telefon Kamu Lebih Tahan Lama