Posted on April 27, 2020
Gambar: Semua daripada Instagram Living Big In Tiny House
Hias rumah kecil mungkin tidak semudah yang kamu sangka. Ada yang merasakan imaginasi mereka terbatas, ada pula yang merasa tak cukup ruang untuk menempatkan semua keperluan dalam satu rumah. Pabila saya menonton video-video Youtube berkenaan menghias kediaman kecil, hampir semua daripada pemiliknya bersetuju untuk hidup dalam keadaan minimal, jadi kerana itu mereka memilih untuk menginap dalam kediaman kecil.
Asas kepada keputusan mereka memilih kediaman kecil itu ialah kerana mereka hanya mahu hidup dengan keperluan mereka sahaja. Bermakna tiada sikap berlebih-lebih di sini. Tiada perhiasan mewah atau sarat memenuhi ruang. Cukup sekadar barang-barang yang diperlukan untuk kehidupan sehari-hari sahaja. Berpegang kepada falsafah atau asas inilah, kamu tidak akan ada masalah menghias kediaman kecil kamu.
Di sini saya senaraikan 5 Tip Hias Rumah Kecil menurut kediaman berkonsep kontena (kecil).
1. Jadikan tangga kamu sebagai staircase yang juga bertindak sebagai ruang simpanan. Ini tidak akan memakan ruang. Jangan buat semua anak tangga sebagai tertutup sebaliknya biarkan sesetengah terbuka untuk dijadikan feature. Susun buku-buku atau letak perhiasan di dalamnya.
2. Gandakan penggunaan ruang. Jadikan ia ruang makan dengan meja boleh lipat. Ruang ini boleh dijadikan tempat buat yoga atau untuk melukis dan lipat meja untuk mendapat lebih ruang.
3. Pilih warna yang betul untuk ruang dapur. Jangan gunakan warna-warna yang boleh menyemakkan ruang. Kalau boleh minimumkan kepada dua atau tiga sahaja warna. Seperti rumah ini menggunakan warna kayu dan metal. Clean dan sleek. Juga simpan satu panel di bahagian dinding dapur untuk menggandakan ruang simpanan di dalamnya sebagai pantry.
Pilih warna yang betul untuk ruang dapur
4. Jadikan ruang atas sebagai ruang lounge untuk tempat teman-teman melepak kalau mereka berkunjung. Kerana batasan ruang, cukup sekadar meletakkan TV dan throw bersama bantal-bantal untuk berbaring. Asal saja ruang ini cukup untuk board games dan menonton TV, itu sudah memadai.
5. Tidak mengapa kalau ruang tidur kamu bersiling rendah, kerana ruang ini hanyalah untuk kamu tidur. Belajarlah mencintai tinggal dalam kediaman kecil. Tiada apa yang perlu dirungutkan pun apalagi kalau kamu tinggal sendirian. Kamu hanya perlukan sedikit ubah suai dari segi pemikiran kamu untuk tinggal dalam rumah kecil. Percayalah ia akan membantu kamu menenangkan minda sekiranya kamu berjaya mengadaptasi hidup secara mesra alam. Hias rumah kecil akan menjadi lebih mudah.
Apa pandangan anda?