Apa Fungsi Sebenar Toner?

Jika kita lihat, setiap jenama kecantikan penjagaan wajah pasti ada toner mereka sendiri. Dan seperti kita sedia tahu, apabila bicara tentang rutin penjagaan wajah, pastinya toner terkandung dalam kategori rutin yang penting. Namun, masih ada pembeli dan penggemar kecantikan di luar sana yang masih tidak tahu dan masih dalam dilema, adakah toner ini berbaloi untuk dilabur atau boleh diabaikan sahaja rutin ini. After all, ia hanyalah sekadar air di dalam botol mewah sahaja. Apa fungsi sebenar toner ini? Jangat terkejut kalau sebenarnya banyak lagi penggemar kecantikan yang masih samar-samar dan keliru tentang fungsi sebenar toner ini.


Bukan sahaja tidak tahu fungsi toner, malah kini jenis toner semakin pelbagai. Bagaimana hendak pilih yang terbaik untuk kulit wajah?

Sebelum kita pergi jauh, biar saya kongsikan fungsi sebenar toner ini. Semakin banyak toner di pasaran, semakin luas perbezaan fungsi dan khasiat yang terkandung dalam setiap toner ini. Ia semua bergantung kepada bahan kandungan yang terdapat dalam setiap produk. Namun, satu perkara yang kita semua tahu, toner ini berfungsi untuk membersihkan saki-baki kotoran pada wajah. Kita tidak tahu, mungkin selepas mencuci, ada lagi baki minyak kotoran, lebihan solekan atau juga kulit mati yang tidak dibersihkan dengan betul. Inilah fungsi toner, membersihkan lebihan kotoran di kulit wajah walau sudah dicuci.

Bukan itu sahaja, toner ini juga membantu dalam melembapkan wajah. Tahukah kamu, selepas mencuci wajah, kulit akan menjadi kering? Maka, toner ini membantu mengembalikan lembapan wajah agar produk seterusnya yang kamu mahu tepekkan di wajah mampu meresap dengan baik.

Mungkin kamu akan kata, “Alah kalau macam tu, basahkan sahaja muka kalau mahu wajah lembap-lembap sebelum tepek skincare yang lain.”

Fungsi Sebenar Toner

Benar, namun, kamu harus tahu, toner ini mempunyai khasiat tambahan bukan sekadar air kosong. Khasiatnya seperti membantu mengecilkan liang pori yang terbuka pada wajah. Ini dapat membantu menghalang kotoran tersumbat di liang pori wajah kamu itu.

Tambahan lagi, toner hari ini bak kata saya sudah ada banyak fungsinya. Ada yang bertindak sebagai exfoliator, mencerah, melembap dan sebagainya. Ini semua bergantung kepada formulasi serta bahan aktif yang digunakan antaranya seperti asid, glycerin, antioksida, anti-keradangan, malah ada juga yang menggunakan bahan aktif antipenuaan.

Asid yang terkandung di dalam toner berfungsi baik pada mereka yang memiliki kulit berminyak, serta kulit yang mudah berjerawat. Manakala jika ada toner yang kamu jumpa memiliki bahan aktif seperti asid salicylic dan glycolic, ia membantu exfoliate kulit wajah kamu serta menghalang liang pori tersumbat. manakala bahan aktif seperti antioksida pula bertindak sebagai vitamin C yang mampu mencerahkan kembali kulit wajah.

CARA PENGGUNAAN TONER

Banyak cara boleh kamu gunakan baik menggunakan jari jemari ataupun kapas. Semua ini sama sahaja, tiada perbezaan. Namun, tahukah kamu, toner ini lebih berkesan jika kamu menggunakan teknik “7 Skin Method”?

APA ITU 7 SKIN METHOD?

Layangkan toner pada kulit wajah sebanyak 7 lapisan. Ini adalah salah satu rahsia dan teknik kecantikan yang diamalkan wanita Korea. Namun, bukan sebarang toner ya. Pastikan juga toner kamu itu bebas alkohol untuk mengelakkan radang pada kulit wajah. Dan pastikan kulit wajah kering selepas kamu melayangkan setiap lapisan tersebut. Setiap langkah itu pula mengambil masa dalam 2 hingga 3 minit untuk pastikan ia kering sebelum kamu tepek lapisan yang seterusnya. Walaupun remeh, namun teknik ini dikatakan berkesan. Cubalah!

Gambar: Glossier

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Lagu Baru Disember – Kayda & ‘Macam-Macam’ Squad!
Apa Fungsi Sebenar Toner?