Posted on August 21, 2026

COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU membuka bab baharu untuk dunia wangian CHANEL dengan karakter yang lebih intense, sensual dan berani. Dicipta oleh perfumer CHANEL, Olivier Polge, wangian terbaharu ini membawa identiti COCO MADEMOISELLE ke arah yang lebih moden sambil mengekalkan semangat wanita yang bebas dan yakin menjadi dirinya sendiri.
COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU: Wangian Yang Tidak Takut Menonjol
Ada sesuatu tentang wangian yang mampu mengubah mood hanya dengan satu semburan. Ia boleh menjadi satu bentuk ekspresi, menghidupkan memori atau sekadar membuatkan kita rasa lebih yakin untuk melangkah keluar dan menjadi diri sendiri. Dalam komposisi terbaharu ini, Olivier Polge membawa identiti COCO MADEMOISELLE ke arah yang lebih intense. Berada dalam keluarga intense ambery, wangian ini menggabungkan nota buah, bunga dan woody ambery dalam satu komposisi yang kaya tetapi tetap sofistikated.
Nota grapefruit dan lychee memberikan pembukaan yang vibrant sebelum berkembang kepada floral accord yang menampilkan rose dan jasmine. Patchouli pula memberikan kedalaman woody ambery, manakala vanilla dan vetiver menambah sentuhan sensual pada keseluruhan wangian. Hasilnya ialah satu trail yang captivating, opulent dan striking — wangian yang tidak sekadar melengkapkan penampilan, tetapi menjadi sebahagian daripada personaliti pemakainya.

Lebih Daripada Sekadar Perfume
Bagi CHANEL, COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU bukan tentang mengikut apa yang sudah ditetapkan. Ia tentang kebebasan untuk mengejutkan diri sendiri, mencuba sesuatu yang baharu dan tampil dengan cara yang paling peribadi. Wangian ini digambarkan sebagai satu bentuk affirmation of the self — pengalaman yang hanya benar-benar wujud apabila ia dipakai. Semangatnya selari dengan karakter COCO MADEMOISELLE: seorang wanita yang bebas, spontan, yakin dan tidak takut mencipta peraturannya sendiri.
Meneruskan Legasi COCO MADEMOISELLE
COCO MADEMOISELLE pertama kali diperkenalkan pada tahun 2001 oleh Jacques Polge dan sejak itu menjadi antara wangian ikonik CHANEL. Ia membawa semangat Gabrielle Chanel yang terkenal dengan keberanian mencabar konvensyen dan membayangkan sesuatu yang berbeza. COCO MADEMOISELLE kemudian menjadi simbol wanita moden yang bebas, elegan dan sentiasa bersedia untuk mencipta jalannya sendiri.
Kini, COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU meneruskan legasi tersebut dengan pendekatan yang lebih bold dan contemporary. Dengan komposisi yang vibrant dan sophisticated, ia menampilkan sisi COCO MADEMOISELLE yang lebih intense — penuh emosi, misteri dan magnetic energy.

Gracie Abrams Jadi Wajah Baharu COCO MADEMOISELLE
Untuk bab terbaharu ini, CHANEL turut memperkenalkan penyanyi dan penulis lagu yang dicalonkan Grammy®, Gracie Abrams, sebagai House Ambassador dan wajah baharu COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU. Gracie dipilih kerana personalitinya yang natural, kreatif dan mempunyai sense of individuality yang kuat.
Seperti Gabrielle Chanel, Gracie tidak cuba menjadi seseorang yang lain. Dia bergerak mengikut naluri sendiri, mencipta laluan sendiri dan membawa elemen effortless elegance yang menjadi sebahagian daripada DNA CHANEL. Gabungan antara kreativiti, kebebasan dan keyakinan inilah yang menjadikan Gracie begitu sesuai untuk membawa semangat baharu COCO MADEMOISELLE.
Botol Dengan Identiti Baharu
Tidak hanya formulanya yang tampil lebih berani, botol COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU juga diberikan rekaan yang lebih distinctive. Ia hadir dengan contrasting label yang memberikan karakter lebih radical, lengkap dengan faceted cap yang menambahkan sentuhan moden dan mewah. Seperti wangian di dalamnya, reka bentuk botol ini tidak cuba untuk menjadi biasa.

Seni Di Sebalik Setiap Wangian CHANEL
Di sebalik setiap wangian CHANEL terdapat savoir-faire yang panjang — daripada pemilihan dan penanaman bahan mentah sehinggalah proses penyulingan, formulasi dan penciptaan botol. CHANEL turut mengusahakan sebahagian bahan mentahnya sendiri, memberikan perhatian terhadap setiap proses untuk memastikan kualiti dan karakter setiap wangian dapat dikekalkan.
COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU membawa prinsip ini ke hadapan dengan satu komposisi yang direka untuk meninggalkan kesan — refined, audacious dan unmistakably CHANEL. Buat wanita yang tidak mahu sekadar mengikut trend, tetapi mahu meninggalkan impression sendiri, mungkin ini masanya untuk mendapatkan a new crush. COCO MADEMOISELLE CRUSH ABSOLU dicipta untuk wanita yang bebas menjadi dirinya sendiri — dan cukup berani untuk meninggalkan kesan ke mana sahaja dia pergi.
BACA: STAIL CANTIK: Produk Kecantikan Mesti Miliki April ini!



















.gif)

Apa pandangan anda?