Posted on October 27, 2026

Bagi saya, apabila bercakap tentang rawatan estetik, perkara paling penting bukanlah untuk mengubah wajah sehingga kelihatan berbeza, tetapi untuk mengekalkan apa yang membuatkan wajah itu kelihatan seperti diri sendiri.
Sebab itu, apabila saya berkunjung ke CLEO Clinic Kepong untuk mencuba rawatan Mesolipolysis Fat Reduction Injections atau lebih dikenali sebagai mesolipo, saya terlebih dahulu berbincang dengan doktor mengenai keadaan wajah, bahagian yang ingin diperbaiki dan hasil yang saya harapkan.
Terletak di lokasi yang strategik dan mudah diakses, CLEO Clinic Kepong juga praktikal untuk mereka yang tinggal atau bekerja di sekitar Ampang, Hartamas dan kawasan sekitarnya. Dengan kehidupan yang agak sibuk, saya suka rawatan yang tidak memerlukan masa terlalu lama.

Sebelum Rawatan, Doktor Terlebih Dahulu Menilai Wajah Saya
Sebelum mencuba sebarang rawatan suntikan, saya akui ada sedikit rasa berdebar. Lagipun, apabila melibatkan wajah, saya tidak mahu hasilnya kelihatan terlalu ketara atau membuatkan rupa saya berubah. Namun, perkara yang membuatkan saya lebih yakin adalah sesi konsultasi bersama doktor.
Daripada terus mencadangkan supaya saya mengurangkan sebanyak mungkin lemak pada wajah, doktor menerangkan bahawa sedikit lemak sebenarnya boleh menjadi salah satu faktor yang membuatkan wajah kelihatan lebih muda. Jika dikurangkan secara berlebihan, wajah berpotensi kelihatan lebih cengkung atau matang.
Doktor kemudian menilai struktur wajah saya dan menerangkan bahagian yang sesuai dirawat serta jumlah rawatan yang diperlukan. Selepas berbincang, kami bersetuju untuk memberi fokus kepada bahagian lower face dan double chin, iaitu kawasan yang saya rasakan mempunyai sedikit lemak degil.
Saya suka pendekatan ini kerana rawatan bukan sekadar tentang “membuang lemak”, tetapi memahami apa yang sesuai untuk wajah setiap individu.

Prosesnya Lebih Mudah Daripada Yang Saya Bayangkan
Selepas selesai konsultasi, tibalah masa untuk menjalani rawatan. Perkara pertama yang dilakukan adalah menyapu krim kebas pada kawasan yang akan dirawat. Saya kemudian menunggu kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum doktor memulakan suntikan.
Selepas kawasan tersebut kebas, doktor mula melakukan suntikan pada bahagian yang telah dikenal pasti ketika konsultasi. Saya sedikit gementar pada awalnya, kerana saya dimaklumkan suntikan ini agak sakit tetapi keseluruhan proses berlangsung dengan cepat dan lancar.
Bahkan, tidak sakit sama sekali untuk saya. Apa yang lebih menarik buat saya ialah rawatan tersebut tidak mengambil masa yang terlalu panjang dan tidak memerlukan saya mengetepikan satu hari penuh daripada jadual harian.
Untuk mereka yang mempunyai kehidupan yang sibuk tetapi masih mahu memberikan sedikit perhatian kepada penampilan, rawatan dengan prosedur yang ringkas seperti ini sememangnya terasa praktikal.

Apa Yang Saya Rasakan Selepas Suntikan?
Selepas rawatan, kawasan yang disuntik terasa sedikit sensitif. Seperti yang diterangkan kepada saya, kemerahan ringan, bengkak, lebam atau rasa tidak selesa pada kawasan suntikan boleh berlaku buat sementara waktu. Bagi saya, ia adalah sesuatu yang boleh dijangka memandangkan rawatan ini melibatkan suntikan pada kawasan yang disasarkan. Yang saya suka, tempoh pemulihannya juga minimum. Saya tidak memerlukan cuti panjang daripada rutin harian, walaupun keadaan setiap individu tentunya berbeza.
Doktor turut menerangkan bahawa hasilnya bukan sesuatu yang akan kelihatan serta-merta. Tubuh memerlukan masa untuk memproses sel lemak yang telah terjejas, jadi perubahan pada kontur berlaku secara beransur-ansur dalam tempoh beberapa minggu. Paling penting, perlu banyakkan minum air dan urut secara lembut bahagian yang disuntik setiap hari.
Adakah Hasilnya Kekal?
Menurut penerangan rawatan, sel lemak yang telah dimusnahkan dan disingkirkan tidak tumbuh semula. Namun, ini tidak bermakna seseorang tidak boleh mengalami pertambahan lemak pada masa akan datang. Jika berat badan meningkat atau gaya hidup berubah, sel lemak yang masih ada boleh membesar.
Jadi, mengekalkan gaya hidup yang sihat tetap penting untuk membantu mengekalkan hasil rawatan. Jumlah sesi juga berbeza mengikut individu. Sesetengah kawasan mungkin memerlukan beberapa sesi dengan jarak beberapa minggu untuk mencapai hasil kontur yang diinginkan.

Kesimpulan Saya Selepas Mencuba Mesolipo
Secara keseluruhannya, pengalaman saya mencuba mesolipo di CLEO Clinic Kepong adalah lebih mudah dan lancar daripada yang saya jangkakan. Bahkan saya sendiri dapat melihat perbezaan saiz wajah, dalam masa dua minggu selepas rawatan – terutama di bahagian lower face dan double chin yang kelihatan lebih defined. Saya suka hasilnya yang masih nampak natural – wajah saya masih kelihatan seperti biasa, cuma kontur wajah terasa lebih terserlah.
Bagi saya, ini jenis perubahan yang saya cari daripada rawatan estetik; subtle, tetapi cukup untuk membuatkan saya rasa lebih yakin. Saya diberitahu, jika inginkan kesan yang lebih saya boleh cuba rawatan HIFU sebagai pelengkap kepada Mesolipo. Jadi, saya merancang untuk kembali ke CLEO Clinic tidak lama lagi untuk mencuba sendiri rawatan tersebut. Saya akan kongsikan nanti bagaimana hasilnya apabila dua rawatan ini digabungkan.









.gif)
.gif)

Apa pandangan anda?