Posted on November 11, 2026

Istimewa semepena musim perayaan kali ini, Kosas memperkenalkan koleksi Holiday Sets 2026 yang menghimpunkan beberapa produk kecantikan popular dalam edisi istimewa. Daripada produk solekan wajah hingga ke sentuhan bibir dan mata, setiap set menawarkan pilihan menarik buat pencinta kecantikan, sama ada untuk insan tersayang mahupun sebagai hadiah kecil buat diri sendiri.

Set Kompleksi Wajah
Antara yang mencuri perhatian ialah Cloud Illusion Translucent Loose Setting + Blurring Powder Set (RM150). Set edisi terhad ini menggabungkan Revealer Extra Bright dalam rona Magic untuk mencerahkan kawasan bawah mata serta Cloud Set Loose Powder dalam rona Candy yang membantu menjadikan kemasan solekan lebih lembut dan sempurna. Gabungan ini sesuai buat mereka yang menggemari kompleksi wajah cerah dengan kesan kulit lebih licin dan sekata
Bagi yang gemarkan rona pipi segar, Blush is Life Mini (RM60) hadir dalam saiz mini yang mudah dibawa ke mana-mana, lengkap dengan pembungkusan berbentuk ornament yang cukup menarik untuk dijadikan hadiah. Pemerah pipi bebas talkum ini menggabungkan dua tona warna menerusi teknik baked, menghasilkan rona multidimensi yang mudah sebati pada kulit. Teksturnya yang lembut memberikan kemasan semula jadi dan berseri, selain membolehkan warna dibina mengikut intensiti yang diinginkan.

Pesona Bibir dan Mata Lebih Menawan
Holiday Lip Plumper Set (RM108) menghimpunkan tiga plumper bibir dengan sensasi hangat dan sejuk yang memberikan kesan bibir lebih penuh serta berkilau. Formulanya bukan sahaja membantu memberikan penampilan bibir yang lebih berisi, malah terbukti secara klinikal membantu menghidrat, melicinkan dan melembutkan bibir tanpa membuatkannya terasa kering. Dengan kemasan berkilau seperti cermin, set ini menjadi pilihan menarik buat mereka yang gemarkan penampilan bibir penuh, sihat dan mempesona.
Melengkapkan koleksi ini ialah Soulgazer Eye-Intensifying Set (RM157), set edisi terhad yang menghimpunkan dua produk solekan mata, iaitu gel eyeliner dan Lengthening serta Lash Boosting Peptide Serum Mascara. Gabungan ini direka untuk memberikan definisi pada mata, selain membantu menyerlahkan bulu mata agar kelihatan lebih panjang dan terangkat. Sesuai untuk pelbagai gaya solekan, kedua-duanya boleh digunakan bagi mencipta penampilan harian yang minimalis mahupun gaya malam yang lebih dramatik.

Gabungan Kecantikan dan Penjagaan Kulit
Berteraskan falsafah 100% Makeup, 100% Skincare, Kosas mengutamakan formulasi berprestasi tinggi yang menggabungkan pigmentasi menyerlah, kemasan berseri, ketahanan sepanjang hari dan kebaikan skincare. Setiap produk turut diuji oleh pakar dermatologi serta dirumus dengan ramuan yang lembut pada kulit, termasuk kulit sensitif.
Menerusi pendekatan Effortless Allure, Kosas meraikan kecantikan semula jadi yang menyerlah dengan sentuhan glamor yang lebih bersahaja. Gabungan estetika dan manfaat penjagaan kulit ini menjadikan koleksi Holiday Sets 2026 pilihan menarik sebagai hadiah istimewa buat insan tersayang mahupun diri sendiri.



















.gif)

Apa pandangan anda?