Posted on September 29, 2025

Bila sebut percutian singkat ke Indonesia, ramai rakyat Malaysia akan terus teringat Jakarta, Bandung atau Bali. Tapi tahukah kamu, ada sebuah destinasi menarik yang hanya mengambil masa kurang dari satu jam penerbangan dari Kuala Lumpur Inilah Medan – bandar terbesar di Sumatera Utara. Medan bukan sahaja kota tersibuk di Sumatera dan pintu masuk ke Danau Toba, tetapi juga semakin popular dengan tarikan makanan tempatan, pusat beli-belah berpatutan, serta pilihan hotel terbaik di Medan untuk semua bajet.
Kini, akses ke Medan semakin mudah dengan AirAsia Malaysia (AK) yang kini menawarkan 18 destinasi ke Indonesia, akses jadi semakin mudah. Dari Kuala Lumpur, kamu boleh terbang ke Jakarta, Bali (Denpasar), Medan, Yogyakarta, Banda Aceh, Makassar, Padang, Pekanbaru, Balikpapan, Labuan Bajo, Lombok, Palembang, Semarang, Pontianak – dan bermula 20 Oktober 2025, Banjarmasin juga bakal menyusul. Bukan itu sahaja, AirAsia turut menghubungkan Kuching ke Pontianak serta Penang ke Jakarta dan Medan. Dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Medan yang kerap setiap minggu, percutian hujung minggu ke Medan kini jadi lebih mudah, pantas dan berbaloi. Berikut adalah empat pilihan hotel terbaik untuk menginap di Medan yang boleh kamu pertimbangkan



1. Hotel Santika Medan
Jika kamu mencari hotel mesra bajet di Medan, Hotel Santika adalah pilihan yang tepat. Sarapan paginya ibarat pesta makanan tempatan – lengkap dengan pelbagai juadah lazat yang membuatkan kamu rasa seperti berada di pasar pagi. Keluarga juga akan menyukai fasiliti yang ditawarkan, termasuk ruang permainan kanak-kanak serta kolam renang cantik yang sesuai untuk bergambar kenangan.
hotel terbaik di Medan



2. Grand Mercure Medan Angkasa
Bagi yang mahu suasana eksklusif, Grand Mercure Medan Angkasa menawarkan bilik moden dan selesa. Satu keunikan hotel ini ialah paparan jadual tren lapangan terbang di luar lif, menandakan tahap perhatian tinggi terhadap keselesaan tetamu. Hotel ini juga dikenali dengan Pakej Golf Eksklusif yang merangkumi penginapan, dua pusingan golf di Graha Metropolitan dan Tamora, pengangkutan, makan malam, lawatan bandar, serta sesi relaksasi 90 minit – pilihan ideal untuk penggemar golf yang mahu percutian penuh gaya.



3. Aryaduta Medan
Boleh dianggap sebagai “permata tersembunyi” di Medan, Aryaduta menawarkan pengalaman unik dengan kolam renang stailish di tengah bangunan. Selain itu, makanan di sini sangat memuaskan, manakala harga pula berpatutan. Gabungan kemudahan, keindahan dan nilai menjadikan Aryaduta Medan antara pilihan popular untuk pelancong yang mahukan sesuatu yang berbeza tanpa perlu berbelanja besar.



4. JW Marriott Medan
Untuk pengalaman mewah lima bintang, JW Marriott Medan memang tidak boleh dilepaskan. Terkenal sebagai antara hotel paling tinggi dan mewah di Medan, ia menawarkan pemandangan bandar menakjubkan dari tingkat atas. Lokasinya strategik, betul-betul berhadapan dengan Podomoro City Mall. Pilihan makanan juga tidak mengecewakan – dari hidangan Cina di Jade Restaurant hingga stik premium di Prime Steak House. Jika mahu bersantai, bar bergaya di tingkat bawah sangat sesuai untuk melepas penat.

Kenapa Medan Patut Jadi Pilihan Percutian Kamu?
Dengan jarak penerbangan yang singkat dari Malaysia, kos percutian yang berpatutan, serta pengalaman budaya dan makanan yang unik, Medan adalah destinasi ideal untuk percutian hujung minggu. Ditambah pula dengan penerbangan terus AirAsia ke Medan yang kerap setiap minggu, perjalanan jadi lebih mudah dan menyeronokkan. Jadi, lain kali bila terfikir nak bercuti singkat – jangan hanya fikirkan Bali atau Bandung. Cuba ke Medan, dan mungkin kamu akan mahu kembali lagi!
.gif)



















.gif)

Apa pandangan anda?