Posted on January 21, 2019
Pakaian: Uniqlo Musim Bunga/Panas 2019
Gambar: Chee Wei
Solekan: Fendi Sani
Pengarah Kreatif: Merrisa Emilda
Arahan Seni: Ashura Hakim
Penata Gaya: Ardi Idewani
Video: Jordi Harris
jeremy lai, 27 – JURUFOTO & VIDEO
1 – Pertama, kongsikan segalanya tentang diri kamu?
Buat masa ini, saya miliki rumah produksi sendiri. Saya gemar fotografi jalanan. I’m living my passion.
Suka mengembara. Pergi ke lokasi-lokasi yang tak pernah saya lawati. Mempelajari tentang budaya-budaya baru, berjumpa dengan teman-teman baru. Membingkai memori itu kemas dalam sekeping gambar.
2 – Selain pengembara, kamu juga seorang jurugambar dan sutradara, ceritakan bagaimana kamu menceburi bidang ini?
Ternyata saya suka bidang fotografi sejak di bangku sekolah lagi. Dahulu saya mula berjinak-jinak sebagai jurugambar rasmi majalah sekolah.
Rakan di kolej pernah berkata, “Jika sekeping gambar berbicara tentang seribu makna, bayangkan pula video?” Kata-katanya amat membekas sehingga saya mengambil keputusan untuk mendalami bidang fotografi dan perfileman.
3 – Saya melihat banyak gambar-gambar kembara di laman Instagram kamu (@jayremylai) , boleh kongsikan perkara yang kamu suka sepanjang sesi kembara kamu itu? Perkara-perkara manfaat yang boleh dikongsi bersama?
Saya suka mengamati. Saya boleh duduk di satu tempat dan hanya mengamati apa yang terjadi di sekitar saya. The universe is so big.
Ada masanya, setiap orang melakukan sesuatu pekerjaan atau perkara yang berbeza-beza dalam satu jangka masa yang sama. Di hal yang lain, ia mengajar saya yang dunia ini tidak berputar untuk diri kamu semata-mata. Sedang kita berbual sekarang, jutaan demi jutaan perkara sedang berlangsung serentak tanpa pun kamu dan saya sedari. Fotografi membentuk saya sebagai seorang insan.
4 – Apakah perkara paling unik kamu pelajari semasa mengembara? Apakah yang kamu sering cari sewaktu kembara kamu itu?
Terlalu banyak perkara yang saya pelajari. Yang paling saya suka adalah mempelajari budaya. Tentang persamaan dan perbezaan. Tentang bagaimana mereka melangsungkan kehidupan sehari-hari. Apa yang mereka tempuhi sepanjang matahari terbit di kepala sehingga bulan mengambang di malam hari.
5 – Ceritakan pengalaman kembara yang paling tidak boleh kamu lupakan? Lokasi yang paling membekas buat kamu?
Musim salju di Hokaido, Jepun. Ini pertama kali saya melihat salji turun dengan mata kepala saya sendiri. Saya tidak akan pernah melupakannya. Ia sangat-sangat cantik.
6 – Satu foto yang paling bermakna pernah kamu tangkapi?
Foto teman wanita saya di Lempuyang, Bali.
Ia istimewa kerana saya berhabis masa berjam-jam lamanya, hanya berbaring di atas rumput, terpersona sambil mengamati dan menghayati keindahan mentari terbit pagi.
7 – Projek-projek fotografi yang pernah kamu jalani? Filem yang pernah kamu rakamkan/arahkan? Ceritakan serba sedikit.
‘Air Asia Through The Lense’. Pertama kali melihat foto saya dipamerkan untuk tontonan khalayak ramai. Dan satu filem pendek yang saya arahkan bertajuk ‘Paper Hearts’ yang sempat memenangi anugerah ‘Best Foreign Short Film’ di Festival Filem Antarabangsa Kanada.
8 – Pengarah dan filem kegemaran?
Christopher Nolan untuk filem ‘Inception’.
9– Stigma di dunia fotografi. Kata-kata semangat dan nasihat kepada mereka yang baru menceburi?
Sebenarnya saya sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang menyokong minat dan karier seni saya ini. Saya tahu ada orang yang tidak berkesempatan. Namun saya percaya, jika kamu suka atau minat terhadap sesuatu perkara, just do it!
10 – Kehidupan itu bagi kamu?
Kehidupan itu untuk kita merasa pengalaman dan pelajari sebanyak yang mungkin di tempoh masa kehidupan kita yang singkat ini. Kerana semakin kamu pelajari, semakin kamu fahami bagaimana alam semesta ini berpaksi dan berfungsi.
TRIVIA JEREMY LAI
#TeamMahathir / #TeamAnwar
Syed Saddiq / Khairi Jamaluddin
Nurul Izzah / Hannah Yeoh
Popular / Wisdom
Introvert / Extrovert
Hairy / Clean cut
YouTube/ Netflix
Apa pandangan anda?